Bantuan Sara Hidup (BSH) Semakan Status Dan Kemaskini Online

Bantuan Sara Hidup (BSH) semakan dan kemaskini online. Ramai yang masih memerlukan maklumat atau info terkini mengenai cara buat semakan dan kemaskini BSH secara online. Untuk memudahkan anda page ini telah kami sediakan untuk memberikan anda info terbaru dan penting.

Selain dari info mengenai kemaskini BSH dan semakan status permohonan/pembayaran BSH online kami juga akan dari masa ke semasa akan kemaskini page ini jika ada apa-apa maklumat terbaru mengenai BSH.

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) ONLINE

Untuk membuat semakan status BSH anda, terdapat 2 cara yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu melalui portal MyBSH dan juga melalui link khas yang disediakan. Sila rujuk gambar di bawah.

cara buat semakan status keputusan permohonan Bantuan Sara Hidup online

Jika anda menggunakan portal MyBSH anda perlu daftarkan nombor telefon yang boleh dihubungi semasa membuat permohonan secara online. Nombor TAC akan dikirim ke telefon anda untuk digunakan mengakses maklumat peribadi dan status permohonan anda.

Jika anda tidak ada mendaftarkan nombor telefon atau nombor telefon telah bertukar, anda boleh gunakan link yang kedua ‘semakan kelulusan’.

CARA KEMASKINI PERMOHONAN/MAKLUMAT BSH

Dari masa ke semasa pihak LHDN/BSH akan mewajibkan anda untuk kemaskini maklumat peribadi/permohonan anda. Ini untuk mereka mengetahui tahap status terkini anda dan atas berberapa sebab-sebab lain.

Sebelum itu anda perlu kemaskini nombor telefon BSH untuk memudahkan anda mengemaskini maklumat terkini anda dalam sistem maklumat BSH. Ini kerana nombor telefon itu akan digunakan untuk menerima TAC no dari BSH untuk akses maklumat anda dalam portal BSH.

Untuk membuat kemaskini anda perlu akses melalui laman portal khas MyBSH. Sila rujuk gambar di bawah.

cara kemaskini maklumat peribadi pemohon BSH secara online

Untuk tujuan ini anda perlu daftarkan nombor telefon yang terbaru/aktif untuk tujuan menerima nombor TAC. Jika anda belum melakukannya anda boleh mengunjungi pejabat LHDN yang terdekat untuk kemaskini nombor telefon anda.

Selepas itu anda akan dapat mengakses maklumat peribadi anda dalam portal MyBSH dan bolehlah kemaskini maklumat jika ada perubahan.

KEMASKINI BSH 2019

Seperti yang telah diterangkan tadi kami akan kemaskini maklumat di page ini dengan info terbaru. Dari masa ke semasa jika ada info penting anda boleh baca disini. Anda digalakkan bookmark page ini untuk memudahkan anda kembali ke pagi ini.

Terkini

  • Menurut kenyataan Menteri Kewangan Malaysia YB Lim Guan Eng, seramai lebih kurang 300,000 penerima belum dapat pembayaran BSH Fasa dua (Mei 2019) kerana maklumat banking/perbankan atau nombor akaun yang salah.
  • Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, pada 24 Mei 2019 mengenai pembayaran fasa kedua BSH 2019 pada 28 Mei 2019, peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.42 Bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
  • Jumlah pembayaran BSH Fasa 2 Mei 2019

Semoga perkongsian maklumat mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) semakan dan kemaskini online ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.