Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Bujang 2019 (BSH Bujang) RM100

Syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup Bujang untuk tahun 2019. Mungkin kita semua sudah maklum bahawa golongan bujang (belum berkhawin) juga akan menerima Bantuan Sara Hidup kategori bujang.

BSH Bujang

Tetapi bukan semua orang bujang layak mendapat bantuan BSH bujang. Ada berberapa syarat dan kriteria tertentu yang diperlukan.

Syarat Kelayakan Pemohon BSH Bujang

Kali ini kami kongsikan syarat kelayakan pemohon Bantuan Sara Hidup bujang sebagai panduan anda.

Syarat kelayakan tersebut adalah seperti dalam senarai di bawah.

  • Bujang berumur 59 tahun ke bawah pada 2019
  • Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda yang berumur 59 tahun ke bawah

Pemohon BSH Bujang Tidak Layak

Senarai di bawah ini adalah pemohon BSH kategori bujang yang tidak layak memohon untuk Bantuan Sara Hidup Bujang.

  • Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Walaupun anda termasuk dalam kategori bujang tetapi mempunyai ciri-ciri seperti dalam senarai di atas anda tidak layak untuk memohon BSH bujang.

Semakan BSH Bujang Online

Untuk Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang anda boleh layari laman portal rasmi untuk tujuan ini https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

Kenyataan Akhbar Berkaitan BSH Bujang

Sebenarnya bantuan BSH bujang kadar baru ini baru diumumkan oleh kerajaan tidak berapa lama yang lepas. Sila baca kenyataan akhbar (press release) dari Kementerian Kewangan berhubung perkara ini.

BSH Bujang

Bantuan RM450 Untuk Orang Bujang Wajar Diteruskan

Ramai orang menuntut bahawa pembayaran bantuan untuk orang bujang wajar diteruskan.

Dalam isu ini YB KJ turut mendesak perkara yang sama kerana adanya keperluan golongan bujang berpendapatan rendah juga memerlukan bantuan.

Bantuan RM100 untuk orang bujang oleh kerajaan PH dilihat tidak mencukupi.

Pada tahun 2019 kerajaan PH memperuntukkan RM316.55 bilion berbanding hanya RM282.25 bilion sebelum ini semasa era kerajaan BN.

Pada pendapat anda adakah bantuan untuk orang bujang ini wajar diteruskan?

Info Berkaitan: