Rahsia Barang China Yang Laris Di Pasaran Tempatan Untuk Pemborong Barangan Dari China

Barang China yang laku di pasaran tempatan, maklumat penting untu para pemborong barangan dari China. Biasanya China sering menjadi sasaran para pemborong untuk memborong barangan dengan jumlah yang banyak kerana harga barangan yang murah di sana selain negara lain seperti Bangladesh dan Vietnam. Setakat ini China masih pilihan utama.

barang China laku dipasaran tempatan

Tidak hairan sepanjang tahun banyak program pakej memborong ke China seperti Guangzhou dan Yiwu dianjurkan oleh travel-travel agent untuk bakal-bakal pemborong dari Malaysia.

Sebelum mula menceburkan diri memborong barangan dari China, tidak rugi rasanya jika anda mengikuti 1 pakej memborong ke China untuk melihat sendiri suasana pasar/kedai borong di China. Ini untuk memberi anda gambaran melalui pengalaman sendiri dan mungkin akan memberikan anda idea proses memborong yang akan anda tempuhi nanti.

Untuk perjalanan pertama ke China anda dinasihatkan untuk mengikuti mereka yang pakar agar maklumat yang ada dapat sahih dan anda tidak membuat masa mencari sendiri tempat-tempat pusat borong di China seperti di Guangzhou dan Yiwu.

Barang China Yang Laku Di Pasaran Malaysia

Berbalik kepada topik apakah barangan China yang laku di pasaran, ini adalah persoalan penting sebelum berbelanja memborong pelbagai jenis barangan.

Pada masa dulu proses memborong adalah satu proses yang memerlukan anda melakukan perjalanan ke China atau mendapatkan barangan dari orang tengah, kini dengan kemajuan teknologi online anda boleh memborong menerusi website.

Maka anda ada dua pilihan (a) pergi sendiri ke China ATAU (b) borong barangan yang anda hendak jual melalui online dari website portal.

Jika anda melakukan perjalan ke China untuk memborong, kosnya lebih mahal kerana anda terpaksa membeli tiket kapal terbang, penginapan dan masa yang dihabiskan mencari barangan dari satu gedung borong ke gedung borong lain yang bertaburan di Guangzhou atau Yiwu.

Nampak jelas pilihan terbaik untuk anda ialah menimport barangan dari China secara online. Dan untuk pengetahuan anda inilah yang dibuat oleh mereka-mereka yang menjana income dari hasil memborong barangan dari China.

Persoalan setarusnya ialah mengenai topik ini, iaitu apakah barang China yang laku di pasaran tempatan. Anda perlu membuat penyelidikan terperinci mengenai perkara ini sebelum membuat pembelian online.

Tips Memilih Barang China Yang Laku Di Pasaran

Di sini kami kongsikan tips memilih barangan dari China yang laku di pasaran. Jika anda mempunyai masa, anda boleh baca forum mengenai topik ini di majalah.com. Di sana para pengguna yang berpengalaman ada share/kongsi tips cara cari barangan yang disukai ramai dan cara memilih barangan yang anda boleh beli dan jual dipasaran tempatan.

Cara memborong dari China online

Selain itu anda boleh juga melayari rahsia borong online melalui Taobao dan 1688. Di situ ada perkongsian yang sangat teliti dan komprensif mengenai cara mencari barangan China yang laku di pasaran tempatan dan juga tips membeli dengan harga murah secara online. Ianya adalah himpunan perkongsian teknik sifu-sifu borong yang telah berjaya di Malaysia.

Mengapa Memilih Taobao Dan 1688 Untuk Memborong Online

Sekarang ini pemborong secara online di Malaysia mencanak naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini kerana memborong melalui online untuk kegunaan sendiri atau dijual sangat menguntungkan kerana perbezaan harga yang tinggi.

Dua portal pilihan utama pemborong di Malaysia iaitu webportal Taobao dan 1688

Fakta Menarik Mengenai Taobao Dan 1688

  • Kedua laman web adalah website e-commerce terbesar di China yang dilahirkan di dalam Alibaba Group of Companies.
  • Taobao & 1688 mempunyai lebih 70 juta produk yang dikeluarkan oleh kilang-kilang yang terdapat di seluruh China.
  • Taobao merupakan website khas untuk pembelian secara retail dan belian untuk kegunaan peribadi/sampel perniagaan.
  • 1688 pula merupakan website khas kepada kaki borong terus dari China dengan pilihan borong serendah 2-3 unit sahaja.
  • Taobao mengumpulkan seller/ejen kilang dari pelbagai latar belakang, manakala 1688 menampilkan 2 golongan penjual sahaja, iaitu Pemborong & Pengilang.

Apa Barang China Paling Laris di Malaysia?

Ada berberapa tips yang boleh anda gunakan untuk memborong barangan dari China. Jika anda faham mengenai tips-tips di bawah maka anda bolehlah cuba memborong secara skala kecil dahulu untuk percubaan permulaan.

Apa kriteria barangan yang boleh diborong dari China?

a. Produk yang senang difahami pengguna. Belilah barangan yang disukai dan mudah difahami pengguna. Maksudnya anda tidak perlu buang masa dan tenaga menerangkan secara terperinci mengenai produk yang anda jual. Contoh: Power bank dan charging cable

b. Produk yang boleh dibeli murah dan jual lebih mahal di Malaysia. Tujuan memborong ialah mendapatkan harga murah dan jual lebih mahal. Rasanya perkara ini semua orang faham, tidak memerlukan perincian lagi.

c. Cari produk yang UNIK dan tidak ada dijual di Tesco, Giant atau Mydin. Jika barangan tersebut unik dan tidak dijual di pasaraya yang biasa orang pergi anda boleh menjualnya lebih mahal kerana anda tidak perlu bersaing harga di pasaraya seperti Tesco, Giant dan Mydin.

Semoga perkongsian info mengenai barang China paling laris di malaysia ini bermanfaat kepada para bakal pemborong.