Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Permohonan Biasiswa Bank Rakyat untuk pelajar Malaysia yang cemerlang. Mungkin ramai yang belum tahu mengenai kewujudan biasiswa tajaan Yayasan Bank Rakyat ini. Kali ini kami kongsikan sedikit info mengenai peluang biasiswa tersebut.

Anda boleh membaca info yang lebih lengkap mengenai biasiswa ini di sini.

Cara memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat online

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun Yayasan Bank Rakyat ada membuka peluang untuk pelajar memohon biasiswa tersebut.

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menawarkan Biasiswa Bank Rakyat bagi membantu pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan ijazah sarjana muda di Universiti Awam (UA) serta institusi pengajian tinggi swasta di dalam atau luar negara.

Pengerusi Bank Rakyat merangkap Pengerusi YBR, Datuk Noripah Kamso berkata, biasiswa itu adalah usaha YBR dalam membantu melahirkan modal insan yang bukan sahaja inovatif dan kompeten malah berkemahiran tinggi serta menepati kehendak pasaran masa kini.

Noripah berkata, YBRA adalah yayasan terbaik di Malaysia dalam menyediakan bantuan pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang kurang berkemampuan atau berpotensi tinggi. —Harian Metro

Katanya, setiap tahun YBR memperuntukkan 70 peratus daripada dana yang diterima daripada Bank Rakyat serta ahli untuk pembiayaan pendidikan serta insentif biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Cara Memohon Biasiswa Bank Rakyat Online

Pelajar yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara online melalui laman portal rasmi yang disediakan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat.

Untuk memohon anda boleh layari https://yayasanbankrakyat.com.my/

Proses permohonan melalui online tidaklah begitu susah. Untuk memudahkan anda sila lihat ilustrasi bergambar di bawah.

Untuk memohon bidang pengajian yang dipilih mestilah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA).

Tawaran Bantuan Pendidikan Bank Rakyat

Selain peluang memohon biasiswa, Bank Rakyat juga ada menyediakan bantuan pendidikan yang lain untuk pelajar.

Berikut adalah bantuan-bantuan pendidikan lain yang ditawarkan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat;

  • Program Bantuan Awal Pengajian (BAP)
  • Bantuan Zakat Bank Rakyat

Baca juga: Senarai Tawaran Biasiswa Terkini Di Malaysia

Semoga perkongsian mengenai permohonan biasiswa Yayasan Bank Rakyat ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan yang lain.