Biasiswa MREPC Malaysian Rubber Export Promotion Council

Biasiswa MREPC Malaysian Rubber Export Promotion Council mempelawa pelajar yang berstatus warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon biasiswa MREPC untuk membantu mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda atau pengajian Professional Graduateship of Rubber Technology.

Biasiswa MREPC

Pemohon yang memiliki rekod akademik dan juga pencapaian ko-kurikulum yang cemerlang, dan yang paling penting, MINAT dan KOMITMEN mencapai dan mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi bersama-sama dengan industri yang sentiasa berkembang, anda dipelawa untuk memohon biasiswa ini.

Anugerah Biasiswa MREPC

Biasiswa MREPC Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) ini akan menawarkan tajaan kepada pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Biasiswa ini akan memberi tajaan untuk aspek-aspek berikut.

  • Yuran Pendidikan
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang-peluang Latihan Industri
  • Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa MREPC

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah dipelawa untuk memohon biasiswa ini.

  • Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan
  • Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada)
  • Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS
  • Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain
  • Mampu menyediakan dua orang penjamin

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa

Jika anda mengambil bidang pengajian seperti yang tersenarai di bawah dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan anda dipelawa untuk memohon.

  • Kejuruteraan – Kimia/ Mekanikal/ Elektrikal & Elektronik/ Perindustrian/ Bahan/ Tenaga
  • Sains & Teknologi Polimer
  • Environmental Studies
  • Ekonomi/ Pemasaran/ Pengajian Perniagaan/ Akaun/ Analisa Statistik
  • IT/ Sains Komputer/ Kejuruteraan Sistem Komputer

Cara Untuk Memohon

Untuk memohon biasiswa ini anda boleh memohon terus melalui sistem aplikasi online yang disediakan oleh pihak MREPC. Sila ikut arahan ringkas di bawah.

Maklumat Perhubungan

Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak MREPC menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Hubungi MREPC

Cik Er Chai Ling
Email: chailing@mrepc.com
Cik Nur Lina
Email:lina@mrepc.com
Tel: 03-2782 2100
Website: http://www.mrepc.com/bm/scholarships/index.php

Semoga perkongsian mengenai Biasiswa MREPC Malaysian Rubber Export Promotion Council ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.