Biasiswa PIDM 2019 Program Sarjana Muda

Biasiswa PIDM 2019 untuk Program Sarjana Muda tahun ini. Tahun ini biasiswa PIDM ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM kepada yang berminat dan layak.

Biasiswa ini ditaja oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Pemohon yang memenuhi syarat biasiswa PIDM dan disenarai pendek (short-listed) akan dihubungi untuk sesi interview.

Sila baca maklumat-maklumat penting biasiswa tersebut di bawah.

permohonan biasiswa PIDM online

Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Notis tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan mulai 2019. Para penuntut yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2019) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  2. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 ke atas;
  3. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  4. Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  5. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;
  6. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;
  7. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

Bidang Kursus Yang Ditaja Biasiswa PIDM

Biasiswa PIDM akan menaja pelajar-pelajar yang mengambil mana-mana bidang pengajian yang tersenarai di bawah. Jika bidang pengajian yang anda pilih tidak tersenarai di bawah dan anda berminat anda boleh berhubung terus dengan pihak PIDM untuk mendapatkan pengesahan.

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Kewangan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Perbankan Islam
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  • Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  • Ekonomi
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Statistik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang / Undang-undang Syariah
  • Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
  • Matematik (Aktuari)
  • Pengurusan Risiko dan Insurans
  • Insurans
  • Komunikasi

Senarai Kolej/Universiti Yang Diluluskan Biasiswa PIDM

Selain jenis kursus, biasiswa PIDM lepasan SPM ini hanya menaja pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke kolej/universiti yang terpilih sahaja. Sila semak senarai kolej dan universiti yang diluluskan di bawah.

SENARAI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Malaya (UM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
12. Universiti Sains Malaysia (USM)
13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Malaysia Kelantan
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
1. Multimedia University (MMU)
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
7. UNITAR International University (UNITAR)

Cara Memohon

Untuk memohon biasiswa ini anda boleh membuat permohonan secara online melalui portal yang telah disediakan untuk tujuan ini. Sila klik link di bawah untuk membuat permohonan online.

Permohonan Biasiswa PIDM>>> PIDM Scholarship Portal

Maklumat Perhubungan

Jika anda memerlukan maklumat terperinci dan terkini anda bolehlah berhubung secara langsung dengan pihak PIDM. Gunakan maklumat perhubungan di bawah.

Level 12, Axiata Tower,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Untuk surat-menyurat:
P.O.Box. 13071
50798 Kuala Lumpur

Tel: +603 2173 7436 / 2265 6565
Fax: +603- 2173 7527 / 2260 7432
Talian Bebas Tol: 1-800-88-1266
Email: info@pidm.gov.my

Semoga perkongsian mengenai permohonan Biasiswa PIDM 2019 untuk program Sarjana Muda ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.