Bonus Raya Kakitangan Awam 2019 Dan Bantuan Khas Aidilfitri RM450 Tahun Ini

Tarikh pembayaran bonus raya 2019 dan bantuan khas Aidilfitri. Tahun ini tiada kedengaran apa-apa pengumuman mengenai bonus raya penjawat awam. Adakah ini bermakna tahun ini tiada bonus raya untuk penjawat awam?

Bonus Raya penjawat awam

Jika disemak kembali laporan pembentangan belanjawan 2019, memang tiada pengumuman tentang perkara ini.

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dilaporkan akan menulis surat kepada Perdana Menteri (PM) dan Menteri Kewangan untuk merayu pembayaran bonus raya untuk 1.7 juta penjawat awam seluruh negara.

Bonus Raya Aidil Fitri Penjawat Awam

Berita baik buat para pejawat awam. Telah ada dibuat pengumuman oleh Perdana Menteri baru-baru ini bahawa bonus raya tahun ini RM450 untuk penjawat awam Gred 52 ke bawah.

Pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Pesara kerajaan akan mendapat RM225

Bonus ini akan dibayar pada 24 Mei 2019

Bonus Raya Penjawat Awam 2019

Terdapat berberapa buah negeri yang akan membuat pembayaran bonus raya tahun ini untuk kakitangan awam di negeri tersebut seperti negeri Perak dan juga negeri Pulau Pinang.

Bonus Raya Perak 16 Mei

Penjawat awam di negeri Perak tahun ini boleh menarik nafas lega berikutan pengumuman bahawa bonus raya untuk kakitangan negeri tersebut akan dibayar bermula 16 Mei kepada 13,390 kakitangan kerajaan negeri tersbut.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,643 adalah kakitangan di Jabatan Negeri, 1705 kakitangan pentadbiran tanah dan daerah, 4683 adalah kakitangan pihak berkuasa tempatan dan 1359 kakitangan badan berkanun negeri.

Bantuan Raya Pulau Pinang RM1,000

Selain negeri Perak, penjawat awam di negeri Pulau Pinang bakal menerima bantuan raya aidilfitri iaitu pemberian bantuan  khas aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Peruntukan sebanyak RM5.27 juta untuk bantuan ini telah dikhaskan sebagai pemberian BKK kepada seramai 3,905 kakitangan awam di negeri tersebut.

Kenyataan Akhbar CUEPACS

Di bawah adalah petikan kenyataan media Presiden CUEPACS.

“Kita akan suarakan kepada kerajaan dengan mengutus surat kepada PM (Perdana Menteri) dan Menteri Kewangan supaya dalam mengharungi kos sara hidup yang semua orang tahu beban dan kesannya terhadap kewangan penjawat awam yang berada di mana-mana jua.

“Bukan sahaja membabitkan penjawat awam di bandar, malahan di luar bandar, dan kalau tidak dibantu (melalui bantuan khas Aidilfitri) mungkin terdapat dalam kalangan penjawat awam tidak dapat berhari raya kerana tidak mampu nak membeli baju raya untuk anak-anak dan sebagainya,” katanya.

Tahun lalu kerajaan pusat ada memberikan bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM400 bagi penjawat awam Gred 41 dan ke bawah dan RM200 bagi pesara kerajaan.

Semoga bonus raya ini dapat membantu kita merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lebih meriah dan bermakna.

Semoga tahun ini ada juga pembayaran bonus raya untuk penjawat awam seperti tahun-tahun yang lepas. Semoga perkongsian maklumat mengenai bonus raya kakitangan awam 2019 ini bermanfaat kepada anda.