Borang Permohonan Daftar Nikah Online SPPIM

Borang permohonan daftar nikah online SPPIM. Jika anda merancang untuk bernikah, anda perlu memohon kebenaran untuk bernikah dan anda boleh membuat permohonan secara online. Sistem permohonan daftar nikah online ini telah dibangunkan untuk memudahkan para pasangan yang bakal bernikah untuk memohon kebenaran secara online.

Sila teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan kebenaran nikah online sebagai panduan anda.

Sistem Pengurusan Perkhawinan Islam Malaysia (SPPIM)

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohanan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

permohonan daftar nikah online

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online (BNO)

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Cara Buat Permohonan Daftar Nikah (Berkhawin) Online

Permohonan kebenaran nikah secara online boleh dilakukan melalui laman portal yang disediakan oleh SPPIM.

Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan anda untuk membuat permohonan online.

Borang permohonan nikah online  >>>  Klik http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline

Selepas anda masuk dihalaman permohonan online, sila isikan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap seperti maklumat Pemohon Lelaki, Pemohon Perempuan, Maklumat Kebenaran dan Maklumat Wali. Borang nikah perempuan dan lelaki ini wajib dilengkapkan dengan maklumat yang terkini.

Selepas semua maklumat telah diisikan dengan tepat dan lengkap anda boleh klik ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan kebenaran nikah online anda.

Panduan Isi Borang Permohonan Daftar Nikah Online

Cara isi borang nikah online. Jika anda ragu-ragu dan memerlukan maklumat lanjut cara-cara mengisi borang permohonan kebenaran nikah online, pihak SPPIM telah menyediakan dokumen panduan untuk anda.
Anda boleh download panduan ini dalam bentuk PDF, cetak dan contohi cara-cara mengisi borang permohonan kebenaran khawin online untuk rujukan anda.

Download panduan Permohonan Online Kebenaran Nikah >>> Klik  http://www.sppim.gov.my/pdf/qrBNO.pdf

Hubungi SPPIM

Sebarang masalah berkaitan SPPIM bolehlah menghubungi talian Helpdesk SPPIM di 03 88707206 / 03 88707211 atau melalui: emel hdsppim@islam.gov.my
Layari laman portal rasmi JAKIM >>> Klik  http://www.islam.gov.my/

Semoga perkongsian maklumat mengenai permohonan dan borang daftar nikah online SPPIM ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang sedang merancang untuk berkhawin sebagai panduan mereka.