Panduan Dan Borang Permohonan Guru Ganti Online

Borang permohonan Guru Ganti online. Menurut maklumat yang disiarkan di FB group Portal Info Terkini, terdapat jawatan kosong sebagai Guru Ganti di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang ketika ini. Calon-calon yang layak dan berminat boleh membuat permohonan jawatan Guru Ganti secara online.

Jawatan guru ganti ini sedikit berbeza dengan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang biasa kita dengar.

Panduan permohonan jawatan guru ganti

Pemohon yang berminat hendaklah mempunyai syarat utama seperti berikut iaitu:

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
b. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) dalam bidang yang berkaitan.

Pemohon yang berminat untuk memohon jawatan kosong Guru Ganti ini bolehlah menghantar permohonan rasmi (permohonan bertulis) dan disertakan bersama resume dan gambar terbaru berukuran passport, salinan IC, Sijil Lahir dan yang berkaitan dengan jawatan yang di pohon.

Iklan jawatan kosong Guru Ganti ini boleh di layari di >>> Jawatan Guru Ganti

Tips Menghadiri Temuduga Guru Ganti

Jika permohonan jawatan Guru Ganti anda mendapat perhatian Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan ada kekosongan, biasanya anda akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga (interview). Adalah mustahak anda menyediakan diri untuk menghadapi sesi temuduga ini.

Antara perkara penting semasa sesi temuduga tersebut bukan sahaja mengenai penampilan (imej diri) tetapi juga kebolehan anda mengawal emosi dan menjawab soalan-soalan yang ditanya.

Ada baiknya anda membaca dan mendapatkan informasi yang berkaitan dengan dunia pendidikan masa kini untuk maklumat tambahan dan mungkin boleh digunakan masa temuduga itu kelak.

Soalan-soalan yang ditanya adalah soalan yang berkaitan dengan dunia pendidikan, jawatan yang di pohon dan sasiah (peribadi diri).

Soalan yang yang berkaitan dengan sekitar dunia pendidikan antara lainnya ialah seperti berikut:-

a. NKRA
b. PIPPF
c. Falsafah pendidikan
d. Misi & Visi
e. Modal Insan
f. Sekolah Wawasan
g. Sekolah Integriti
h. Alat Bantu Mengajar
i. Nama-nama Menteri

Soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon pula antara lainnya ialah:-

1. Sila kenalkan diri anda.
2. Senaraikan kekuatan anda yang dapat membantu anda menyelesaikan sebarang konflik dari pelbagai pihak iaitu pelajar, rakan sekerja atau pihak atasan anda.
3. Kenapa nak jadi guru?
4. Ramai yang tak minat dengan subjek sejarah, bagaimana anda ingin menarik minat pelajar-pelajar untuk memberi tumpuan dalam subjek ini.

Selain itu mungkin juga ada soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon seperti:-

1. Kenapa semua golongan wanita yang datang interview hari pakai baju warna pink? Boleh tak awak bagi pendapat awak?
2. Dah kahwin atau belum?
3. Kalau ada sesiapa yang berminat nak menjadikan awak isteri, nak kena telefon awak atau mak ayah awak dulu?
4. Awak pandai masak tak?

Anda juga mungkin akan dikehendaki menyanyi 1 atau 2 lagu untuk membuktikan diri anda boleh berkomunikasi/tidak malu berdiri di depan orang ramai. Nyanyilah dengan yakin dan pastikan tema lagu yang dipilih adalah yang memberi pengajaran.

Hanya calon-calon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk sesi temuduga. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa 6 bulan dari tarikh anda menghantar permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Semoga perkongsian mengenai permohonan Guru Ganti online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain.

Info Berkaitan: