Borang Permohonan PPA1M Online (Borang/Syarat Kelayakan Memohon)

Borang permohonan PPA1M online. Kepada yang belum mengetahui maklumat ini, dan anda adalah penjawat awam maka ini adalah peluang yang baik untuk anda sebagai penjawat awam di Malaysia. Kerajaan telah memperkenalkan skim khas untuk penjawat awam iaitu Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya PPA1M pada tahun 2013. Sejak skim PPA1M ini dilancarkan beribu penjawat awam telah berjaya memilik rumah idaman mereka dan mendapat manfaatnya. Sekiranya anda ialah penjawat awam maka anda boleh memohon PPA1M dan permohonan boleh dibuat terus secara online. Tunggu! sebelum memohon ada baiknya anda menyemak syarat permohonan atau kelayakan dan membaca panduan membuat permohonan online PPA1M. Panduan permohonan PPA1M secara online boleh anda download dan cetak untuk kegunaan semasa memohon kelak.

Sila baca juga info terkini mengenai Program Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang.

Dalam artikel kali anda akan mempelajari atau mengetahui perkara-perkara berikut:

  • Apakah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia – PPA1M
  • Syarat Kelayakan Memohon PPA1M
  • Proses Permohonan PPA1M – Borang Permohonan PPA1M Online
  • Cara Membuat Semakan Status Permohonan PPA1M Online
  • Maklumat Perhubungan PPA1M
Permohonan online projek PPA1M online di Malaysia (MY) untuk rujukan anda

Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Skim PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Pada 1 Oktober 2014, Unit PPA1M, JPM ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPA1M. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPA1M, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan YPJ Builders Sdn. Bhd. (YPJB) bagi Wilayah Johor antara lainnya.

Pada asasnya Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri PPA1M (PPA1M) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Dalam badget 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, kerajaan akan memperuntukkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion untuk perumahan mampu milik kepada rakyat antara lainnya termasuk berjumlah 210,000 PR1MA, 25,000 unit untuk PPA1M, 17,300 untuk PPR dan sebanyak 3,000 rumah mesra rakyat.

Spesifikasi Rumah PPA1M

Sebagai panduan kepada penjawat awam yang berminat dengan skim PPA1M berikut ialah serba ringkas mengenai spesifikasi rumah PPA1M untuk rujukan anda. Anda juga boleh membaca maklumat lengkap  dengan download Garis Panduan PPA1M untuk rujukan anda.

1. Jenis   rumah:

Bertingkat/apartmen atau bertanah. Semua   jenis apartmen, perlu disediakan kemudahan lif

2. Saiz  rumah:

Sekurang-kurangnya 850 kaki  persegi  (kps).  Setiap rumah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air

3. Reka  bentuk:

Konsep  reka  bentuk  perlu  mengambil  kira  penjimatan kos  pembinaan  dan  penyelenggaraan,  keselesaan  penghuni  dari segi pencahayaan dan pengudaraan

4. Kemudahan   perumahan   (amenities):

Kemudahan   seperti   yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

5. Kemudahan perumahan:

Kemudahan perumahan PPA1M yang dibina mestilah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

6. Harga rumah:

Harga rumah PPA1M adalah antara RM90,000 sehingga RM300,000

Syarat Kelayakan Memohon PPA1M

Syarat kelayakan permohonan PPA1M di Malaysia (MY)

Untuk memohon skim ini pemohon mestilah memiliki / mematuhi syarat PPA1M yang ditetapkan. Syarat asas kelayakan memohon PPA1M adalah seperti berikut:

  • Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon.
  • Warganegara Malaysia.
  • Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak juga layak memohon.
  • Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya).
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan Malaysia kecuali kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak.

Panduan Dan Proses Permohonan PPA1M

Cara mengisi borang permohonan PPA1M online. Penjawat awam yang berkelayak dan berminat dengan PPA1M boleh membuat permohonan PPA1M secara online. Di sini kami kongsikan panduan dan cara mambuat permohonan online PPA1M bagi yang layak dan berminat. Projek-projek PPA1M dijalankan di bandar-bandar besar diseluruh negara seperti di Selangor, Kepong, Putrajaya, Kuantan, Brickfields, Selasih dan banyak lagi bandar utama di seluruh Malaysia. Ini ekoran permintaan tinggi dari penjawat awam yang ingin memiliki rumah sendiri untuk didiami berbanding terus menyewa rumah seperti sebelum ini.

Untuk membuat permohonan PPA1M secara online anda boleh terus melayari pautan / portal di bawah:

Permohonan PPA1M >>> Borang Permohonan Online PPA1M

Selepas anda berada didalam portal permohonan online PPA1M anda perlu mengikuti arahan-arahan yang diberikan dalam borang permohonan.

Sebelum menggunakan portal permohonan PPA1M online anda digalakkan download Panduan Permohonan Online PPA1M  untuk memudahkan anda.

Setelah berjaya mendaftar akaun (untuk pengguna baru) dan mendapat ‘Login ID‘ dan ‘Password‘ yang dihantar melalui email, anda boleh mengakses sistem aplikasi borang permohonan online PPA1M.

Anda mesti menggunakan login ID dan password yang dihantar melalui email kepada anda untuk mendapat akses ke sistem maklumat yang berkaitan.

Di bawah adalah ringkasan proses permohonan PPA1M secara online dalam bentuk grafik untuk rujukan anda.

Langkah 01 hingga 03: Pendaftaran>Pelancaran>Permohonan

Borang permohonan PPA1M online

Langkah 04 hingga 06: Pilihan Projek>Pengundian>Penawaran

Proses pendaftaran online PPA1M untuk penjawat awam

Langkah 07 hingga 09: Perjanjian Jual Beli>Pembiayaan>Penyerahan Kunci

Panduan permohonan online PPA1M

Semakan Status Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online – PPA1M

Jika anda ada membuat permohonan dan anda ingin membuat semakan PPA1M anda, semakan PPA1M anda boleh dibuat secara online.

Untuk membuat semakan PPA1M anda boleh layari portal >>> Semakan PPA1M Online

Melalui sistem semakan PPA1M online ini status permohonan PPA1M anda akan dipaparkan untuk rujukan anda.

Hubungi PPA1M

Sebarang keraguan, perlukan maklumat lanjut / terkini, masalah teknikal permohonan PPA1M online atau yang berkaitan dengan PPA1M anda boleh menghubungi pihak PPA1M untuk mendapatkan bantuan.

Berikut adalah maklumat perhubungan PPA1M yang boleh anda gunakan.

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks : 603-88805119
Website: https://www.ppa1m.gov.my/
Email: support.ppa1m@jpm.gov.my
Waktu perkhidmatan:
Isnin hingga Jumaat
08:00 Pagi – 05:00 Petang

Diharap perkongsian mengenai panduan dan borang permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) online ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk rujukan mereka.