Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sekolah Kerajaan

Borang permohonan rayuan kemasukan Tingkatan 6 sekolah bantuan penuh kerajaan. Dikongsikan di sini adalah borang untuk rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 bagi pelajar yang gagal mendapat tempat kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Rayuan kemasukan Tingkatan 6

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6

Untuk membuat rayuan pelajar mestilah melengkapkan borang yang anda boleh download mengikut link yang diberikan di bawah.

Borang yang telah lengkap diisu mestilah dikembalikan kepada pengetua sekolah asal yang kemudiannya akan mengantar permohonan ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdekat di kawasan anda.

Dokumen Yang Diperlukan

Borang rayuan yang telah dilengkapkan ini mestilah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM
  • Sijil kelahiran
  • Kad pengenalan/ pasport
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan

Hanya pelajar-pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan akan dipertimbangkan. Antara syarat-syarat minimum adalah:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2018 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
  2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am
  4. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik
  5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 bolehlah membuat semakan keputusan rayuan Tingkatan 6 secara online bila ianya telah diumumkan.

Perlu diingat bahawa keputusan adalah bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah yang ada menawarkan program Tingkatan 6.

Anda boleh membuat semakan online melalui link Semakan Online Rayuan Tingkatan 6.

Jika anda berjaya mendapat tempat/tawaran dan anda bersetuju dengan tawaran tersebut, surat tawaran mestilah dicetak dengan segera dan bawa pada hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.

Keputusan untuk tahun ini dijangka akan diketahui pada 10 Jun 2019

Semoga perkongsian rayuan kemasukan Tingkatan 6 sekolah kerajaan ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.