Borang Semakan Daftar Mengundi SPR Online

Borang semakan daftar mengundi SPR online. Sudahkah anda mendaftar untuk mengundi atau pemilih? Jika belum adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia untuk mendaftar menjadi pengundi atau pemilih.

Kepada yang belum mendaftar, anda dinasihatkan untuk mendaftar menjadi pengundi, kepada yang sudah mendaftar untuk mengundi boleh membuat semakan daftar mengundi secara online. Tahukah anda bahawa jika anda berumur 18 tahun dan keatas anda layak untuk mengundi mengikut keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Semakan Dan Borang Daftar Mengundi Online

Artikel ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada anda tentang tanggungjawab anda untuk mendaftar menjadi pengundi dan juga semakan daftar mengundi anda secara online. Dalam artikel ini anda akan mempelajari / mengetahui topik-topik berikut:

  • Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia
  • Borang Daftar Mengundi Online  
  • Syarat-syarat Daftar Mengundi
  • Panduan Dan Cara Daftar Mengundi
  • Semakan Daftar Mengundi Online
  • Alamat Perhubungan SPR

Panduan semakan daftar mengundi online

Tanggung Jawap  Sebagai Warganegara Malaysia

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi Suruhanjawa Pilihan Raya atau  SPR adalah badan kerajaan yang berfungsi untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

Semakan Daftar Mengundi Online

Ramai yang bertanya, bagaimana untuk mendaftar sebagai pengundi dan apakah terdapat sistem pendaftaran online untuk tujuan ini? Keputusan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini ialah semua warganegara yang berumur 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih/pengundi.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengundi? Semua pendaftaran untuk menjadi pengundi dibuat dengan cara anda mengunjungi tempat-tempat yang dikhaskan untuk mendaftarkan anda sebagai pengundi.

Anda juga boleh melayari laman web portal SPR untuk mendaftar secara online https://mysprdaftar.spr.gov.my/

Di bawah adalah tempat-tempat dimana anda boleh membuat pendaftaran untuk menjadi pengundi.

a.    Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

b.    Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri

c.    Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara

d.    Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai

e.    Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission

f.    Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Syarat Pendaftaran Mengundi

Sebelum anda mengunjungi mana-mana pusat pendaftaran mengundi, ada baiknya anda meneliti syarat daftar mengundi di bawah. Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai syarat-syarat berikut yang boleh mendaftar sebagai pengundi.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

a.    Seorang warganegara Malaysia;
b.    Telah mencapai umur 21 tahun;
c.    Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
d.    Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Cara Daftar Mengundi

Untuk warganegara yang boleh mendaftar sebagai pengundi untuk PRU yang akan datang, anda boleh membaca cara daftar mengundi di bawah sebagai panduan anda.  Terdapat 3 kategori utama dan cara daftar mengundi untuk ketiga-tiga kategori ini adalah berbeza.  Sila berhubung dengan pihak SPR untuk mengetahui tarikh akhir daftar mengundi tahun 2018.

A. Untuk Pemilih Biasa

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
a.    Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
b.    Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
c.    Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
d.    Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
e.    Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

B. Untuk Pengundi Tidak Hadir

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

a.    Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
b.    Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
c.    Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
d.    Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
e.    Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

a.    Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
b.    Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

C. Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

a.    Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
b.    Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
c.    Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
d.    Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
e.    Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
f.    Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

a.    Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).
b.    Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
c.    Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

Semakan Daftar Mengundi Online SPR Malaysia

Sistem semakan daftar mengundi online telah sediakan khas oleh pihak SPR. Aplikasi semakan daftar mengundi online ini hanya boleh digunakan oleh warganegara yang telah mendaftar sebagai pengundi.

Untuk membuat semakan daftar mengundi online anda boleh layari >>> Semakan Daftar Pengundi SPR Malaysia.

Sila rujuk gambar di bawah sebagai rujukan anda.

Portal semakan daftar mengundi online

Selepas anda masukkan NO KAD PENGENALAN ANDA di ruangan yang disediakan seperti dalam gambar klik ‘SEMAK’ dan status daftar mengundi anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Semakan Daftar Mengundi Melalui SMS

Pihak SPR telah membangunkan 1 lagi kemudahan untuk orang ramai membuat semakan status daftar mengundi mereka. Anda kini boleh membuat semakan melalui kaedah SMS.

Untuk membuat semakan daftar mengundi melalui SMS sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan anda.

panduan semakan daftar mengundi secara SMS

Untuk semakan melalui SMS >>> SPR<jarak>NoKP dan SMS ke 15888 ATAU SPR<jarak>SEMAK<jarak>NoKP dan SMS ke 15888

Laporan Akhbar Terkini SPR

Dilaporkan bahawa terdapat 3.6 juta warganegara Malaysia yang masih belum mendaftarkan diri sebagai pemilih semasa PRU. Ini adalah satu kelalaian di pihak anda dan kerugian kepada anda dan negara. Tanggungjawab memilih kerajaan adalah sangat penting dan anda tidak harus memandang ringan mengenai perkara ini.

Sila baca laporan akhbar dari Berita Harian baru-baru ini di bawah.

3.6 juta orang muda belum daftar pengundi

KUALA LUMPUR: Seramai 3.6 juta orang muda berusia 21 tahun ke atas termasuk golongan mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, jumlah berkenaan mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar iaitu seramai 14,806,185 orang.

“Sehingga kini lebih 14 juta pengundi sudah berdaftar berdasarkan data yang masih diguna pakai sehingga suku tahun ketiga 2017 berikutan data suku tahun keempat bagi 2017 yang belum diwartakan lagi.

“Pewartaan akan mengikut tempoh suku tahun iaitu suku pertama (Januari hingga Mac), suku tahun kedua (April hingga Jun), suku tahun ketiga (Julai hingga September) dan terakhir pada suku tahun keempat (Oktober hingga Disember).

“Jaid, seramai 14,806,185 pemilih layak mengundi sekiranya PRU-14 diadakan pada Mac, April atau Mei,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, bagi penentuan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai ketika PRU-14 akan ditentukan pada Mesyuarat Khas yang akan diadakan selepas pembubaran Dewan Rakyat.

“Mereka yang masih belum mendaftar sebagai pemilih masih boleh berbuat demikian berikutan ia dibuka sepanjang tahun.

“Tiada halangan bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian selagi Daftar Pemilih belum diwartakan,” katanya.

Sumber berkata, tiada tarikh akhir yang ditetapkan bagi pendaftaran, namun proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih akan mengambil masa selama empat hingga lima bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.

“Apabila sesuatu Ddaftar Pemilih itu diperakui dan diwartakan, ia menjadi muktamad dan tidak boleh lagi dipersoal atau dicabar di mana-mana mahkamah,” katanya. – Berita Harian

Alamat Perhubungan SPR Malaysia

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran mengundi atau semakan daftar mengundi, anda boleh berhubung terus dengan pihak SPR melalui alamat perhubungan seperti di bawah.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7200
Faks : +603 8892 7001
Email : webmaster[at]spr[dot]gov[dot]my
Website: http://www.spr.gov.my/

Semoga perkongsian mengenai borang dan semakan daftar mengundi online SPR Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain supaya mereka boleh membuat pendaftaran sebagai pengundi. Jalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.