6 Tips Beli Botol Susu Newborn Untuk Ibu bapa

Tips beli botol susu newborn untuk panduan ibu bapa yang pertama kali akan menyambut kelahiran bayi. Tentu anda tahu bahawa peralatan bayi yang akan lahir perlu dibeli lengkap-lengkap sebelum bayi lahir. Antara yang paling penting ialah botol susu bayi (newborn).

Selalu kita diberitahu bahawa botol susu Pigeon untuk newborn adalah yang terbaik. Dalam pemilihan botol susu yang bagus untuk baby newborn ianya tidaklah bergantung semata-mata kepada jenama tetapi juga perkara-perkara lain seperti harga botol susu dan cara guna botol susu tersebut.

Untuk maklumat yang lebih lengkap anda boleh juga membaca banyak review botol susu bayi terbaik dalam internet untuk pengetahuan tambahan berdasarkan perkongsian-perkongsian ibu bapa yang lain.

Baca juga: Kos Rawatan IVF Hospital Kerajaan

Tips membeli botol susu bayi newborn
Photo Kredit: wonderma.sg

6 Tip Membeli Botol Susu Newborn

Kali ini kami kongsikan dengan anda tips-tips penting yang boleh anda rujuk sebelum membeli botol susu untuk bayi baru lahir.

#1 Bentuk Puting Botol Susu

Bayi newborn agak cerewet dengan bentuk puting yang mereka hisap. Ada masanya mereka menolak untuk minum susu botol, jika itu terjadi periksa kembali jenis puting yang sedang anda gunakan.

Ada baiknya anda menukarnya dengan puting susuu yang bersaiz lebih lebar menyerupai payudara ibu. Ianya memerlukan proses yang perlahan, cuba susukan secara perlahan-lahan sehingga bayi anda biasa dengan bentuk puting susu botol tersebut.

Bayi newborn biasanya menyukai bentuk puting susu botol yang menyerupai puting payudara ibunya.

Biasanya ada puting botol susu yang putingnya panjang, ada juga yang pendek, ada yang agak keras dan ada juga yang lembut. Mengikut pengalaman para ibu bapa, puting botol susu yang berwarna kuning adalah lebih lembut dan paling disukai oleh bayi newborn.

#2 Puting Susu Bebas BPA

Ini perkara yang amat penting. BPA ialah singkatan kepada nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang selalunya ditemui pada botol susu baby.

Kehdiran BPA ini boleh memberi masalah kesihatan kepada bayi seperti tumbesaran bermasalah dan juga kesan dengan penyakit kanser kepada bayi anda.

Pastikan botol susu yang anda beli adalah BPA Free.

#3 Jenis Botol

Mengikut info dan maklumbalas dari para ibu bapa, kebanyakan ibu suka membeli botol susu jenis kaca kerana ianya tidak berbau, ada juga yang memilih botol susu plastik kerana ianya ringan dan selamat dari risiko pecah jika terlepas jatuh.

Disarankan supaya anda membeli botol plastik kerana ianya lebih ringan dan tidak mudah pecah jika anak anda mengamuk dan membalik botol susu tersebut.

Corak pada botol susu juga penting untuk menarik minat bayi untuk menyusu. Pilihlah yang bercorak menarik dan cantik.

#4 Sukatan Botol Susu

Mungkin para ibubapa sudah sedia maklum bahawa botol susu bayi mempunyai banyak saiz. Yang kecil biasanya bersaiz (5 oz) dan yang besar bersaiz (8 / 9 oz). Kebiasannya ibu bapa membeli yang bersain besar kerana malas untuk membeli botol susu banyak kali.

Walau bagaimanapun adalah penting untuk anda tahu dan sedar bahawa botol susu bayi wajib diganti setiap 3 bulan terutama bila botol tersebut sudah tercalar.

Disarankan bahawa para ibubapa beli botol susu bayi yang bersaiz sederhana agar tidak membazir.

#5 Harga

Harga botol susu dan putingnya perlu menjadi pertimbangan penting semasa anda membeli botol susu yang pertama. Kebiasaannya botol susu tidak perlu selalu ditukar, tetapi puting botol susu itu yang perlu ditukar dengan kerap.

Harga botol susu itu penting juga untuk diambil pertimbangan sebelum membeli botol susu untuk bayi anda.

#6 Satu Botol

Yang terakhir ialah anda disarankan untuk membeli 1 botol susu sahaja yang pertama sebagai percubaan. Jika ianya tidak serasi dengan bayi anda, bolehlah anda menukarnya dengan botol susu yang baru mungkin dari jenama lain selepas itu.

Dengan cara ini anda boleh elakkan pembaziran membeli botol susu yang tidak digunakan/diperlukan langsung untuk bayi newborn anda. Jika anda membeli banyak jenis botol susu dari jenama yang pelbagai, ada besar kemungkinan botol susu yang lain tidak akan terguna/digunakan langsung dan terbiar begitu sahaja.

Semoga perkongsian mengenai tips membeli botol susu newborn ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.