Cara Permohonan Kolej Profesional MARA Online

Cara permohonan Kolej Profesional MARA 2019 online. Pelajar lepasan SPM bumiputera tahun lepas yang sedang mencari peluang melanjutkan pengajian boleh menjadikan Kolej Profesional MARA sebagai pilihan terbaik mereka. Tahun ini permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA online sekali telah dibuka.

Kepada mereka yang sedang/berminat untuk mendapatkan biasiswa untuk sambung pengajian, sila rujuk senarai biasiswa Malaysia terkini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan Kolej Profesional MARA teruskan membaca. Artikel ini akan mengkongsikan informasi-informasi berikut:

  • Syarat Kemasukan Ke Kolej Profesional MARA
  • Panduan Permohonan Kolej Profesional MARA
  • Kursus Kolej Profesional MARA
  • Senarai Kolej Profesional MARA Di Malaysia
  • Semakan Online Status Permohonan Ke Kolej Profesional MARA
  • Hubungi Kolej Profesional MARA
Borang permohonan online Kolej Profesional MARA (KPM)

Kolej Profesional MARA atau lebih dikenali sebagai KPM adalah kolej bantuan penuh kerajaan menawarkan program-program atau kursus peringkat sijil dan diploma. Struktur pembelajaran atau kursusnya direka dan digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa supaya sentiasa relevan dengan keperluan pembangunan dan industri negara

Kampus-kampus KPM di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap untuk kegunaan pelajar dan pembelajaran dan juga untuk keselesaan pelajar. Dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan dan makmal komputer yang lengkap dengan capaian/jaringan internet, makmal bahasa, asrama, kemudahan bersukan dan riadah, kantin, surau dan lain-lain kemudahan lain yang sesuai dan diperlukan oleh warga kampus disediakan.

Syarat Kemasukan Ke Kolej Profesional MARA

Syarat kemasukan ke Kolej Profesional MARA. Sebelum anda membuat permohonan ke KPM online, adalah penting untuk anda membuat semakan syarat kemasukan Kolej Profesional MARA. Syarat kemasukan ini mungkin berbeza mengikut bidang kursus.

Sesetengah bidang kursus memerlukan syarat kemasukan yang berlainan dari bidang kursus yang lain. Oleh sebab itu amat penting untuk anda meneliti dan menyemak syarat kemasukan kursus KPM yang ada minati sebelum membuat permohonan secara online.

Untuk tujuan ini anda boleh layari portal >>> Syarat Kemasukan KPM

Cara Memohon Kolej Profesional MARA

Cara membuat permohonan Kolej Profesional MARA. Selepas membuat semakan dan anda layak mengikuti kursus yang diminati, anda bolehlah membuat permohonan ke KPM.

Panduan permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) online

Pemohon yang berminat dan layak boleh  memohon melalui portal permohonan onlina KPM di link >>> Permohonan Kemasukan KPM

Di bawah adalah ilustrasi grafik proses permohonan dan kemasukan ke KPM untuk tahun ini sebagai rujukan anda.

Ilustrasi grafik proses permohonan dan kemasukan ke KPM tahun ini

Bidang Kursus Kolej Profesional MARA

Bidang kursus Kolej profesional MARA. Bidang kursus yang di tawarkan di Kolej Profesional MARA terkini.  Buat masa ini di bawah atalah senarai kursus-kursus yang ditawarkan di KPM. Bidang kursus yang ditawarkan ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan industri dan pembangunan negara. Program-program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA

  • Diploma in Accountancy (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Computer Science (DCS)
  • Diploma in Agro Business (DAB)
  • Diploma in Entrepreneurship (Den)
  • Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  • Diploma in English Communication (DEC)
  • Diploma in Computer Networking (DCN)
  • Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  • Diploma in International Business (DIB)
  • Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  • Diploma in Marketing (DMk)
  • Certified Accounting Technician (CAT)

Jika anda berminat mana-mana kursus yang tersenarai di atas anda bolehlah membuat permohonan online untuk kemasukan ke KPM tahun ini.

Senarai Kolej Profesional MARA Di Malaysia

Di bawah ialah senarai dan alamat perhubungan Kolej Profesional MARA di seluruh Malaysia. Pada ketika ini terdapat 6 kampus KPM yang terletak di KPM Bandar Penawar, Beranang, Bandar Melaka, Indera Mahkota, Seri Iskandar dan Ayer Molek.

KPM Bandar Penawar

Jalan Ungku Abdul Aziz
81930 Bandar Penawar
Kota Tinggi
Johor Darul Takzim
Tel   : 07-884 2222
Faks : 07-884 2200
Laman Web : http://www.kpmbp.edu.my

KPM Beranang

Lot 2333,
Jalan Kajang/ Seremban,
43700 Beranang,
Selangor
Tel : 0387668935/36
Faks :0387668940
Laman Web : http://www.kpmb.edu.my

KPM Bandar Melaka

Tingkat 13,
Bangunan Graha Maju, Jalan Graha Maju
75300 Melaka
Tel : 062812011/12
Faks :062812009
Laman Web : http://www.kpmbm.edu.my

KPM Indera Mahkota

Lot No. 14687, Bandar
Indera Mahkota,
Jalan Sungai Lembing,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
el : 095736304
Faks : 095736423
Laman Web : http://www.kpmim.edu.my

KPM Seri Iskandar

Lot PT No.2635, Bandar Seri Iskandar,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan
Tel :05-3711045/05-3711184
Pengetua :05-3712655
Faks : 05-3712385
Laman Web : http://www.kpmsi.edu.my

KPM Ayer Molek

Km 16, Jalan Tiang Dua,
75460 Ayer Molek
Melaka
Tel. : 062695881 / 062695882
Faks. :
Laman Web : http://www.kpmam.edu.my

Semakan Status Permohonan Kemasukan Ke KPM Online

Semakan status permohonan kemasukan ke KPM online.  Jika anda telah membuat permohonan secara online ke KPM dan anda ingin mengetahui status permohonan anda, anda boleh membuat semakan secara online di laman portal khas yang disediakan.

Untuk membuat semakan pemohon bolehlah menggunakan Laman Semakan Online KPM dengan memasukkan No. Kad Pengenalan ada di ruangan yang disediakan.

Semakan status permohonan KPM online

Semakan biasanya boleh dibuat bermula bulan April setiap tahun.

Hubungi Kolej Profesional MARA – KPM

Jika anda mempunya sebarang persoalan atau perlukan maklumat lanjut anda boleh melayari laman portal KPM mengikut kampus masing-masing. Alamat perhubungan ada di bahagian atas artikel ini.

Anda juga boleh menghubungi mereka melalui maklumat perhubungan di bawah

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA),
Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur .
Tel: 03-26132000.
Email : webmaster@mara.gov.my 

Semoga perkongsian mengenai panduan dan borang permohonan online kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain.