Cara Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online. Tahun lepas menteri pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa peminjam PTPTN boleh menangguh bayaran balik pinjaman PTPTN mereka sehingga mencapai gaji RM4000 sebulan.

Kerajaan juga telah mengumumkan akan mengeluarkan pelajar-pelajar terlibat dari senarai hitam imigresen dan tiada sekatan untuk perjalanan keluar negara.

Pengumuman ini secara langsung bermaksud pelajar yang belum mencapai gaji bulanan RM4000 dan telah diblacklist atau di senarai hitam oleh pihak Imigresen boleh memohon untuk namanya dikeluarkan dari senarai hitam.

Ini tentulah satu berita gembira kepada peminjam PTPTN yang telah disenarai hitamkan namanya oleh pihak imigresen. Anda kini sudah boleh keluar negara.

Cara Buat Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online

Jika anda ingin membuat semakan sama ada nama anda ada disenarai hitam oleh pihak imigresen, anda boleh membuat semakan online.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membuat satu portal khas di mana anda boleh buat semakan secara online dengan mudah dan cepat.

Untuk membuat semakan sila layari http://sspi.imi.gov.my/sspi/

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal yang disediakan oleh pihak PTPTN sendiri untuk kemudahan anda. Portal ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana anda berada.

Untuk membuat semakan melalui portal PTPTN sila layari https://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Semoga perkongsian mengenai Semakan Senarai Hitam Imigresen ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Tetapi, ada perkembangan terkini tentang isu PTPTN ini.

PTPTN Bakal Perkenalkan Semula Sekatan Ke Luar Negara

Baru-baru ini telah ada laporan yang menyatakan bahawa pihak PTPTN akan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap para pelajar yang gagal membayar pinjaman PTPTN mereka.

Menurut pengerusi PTPTN, sekatan perjalanan ini adalah cara paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mendapatkan kembali bayaran pinjaman dari para peminjam yang enggan atau gagal membayar balik pinjaman yang telah mereka buat.

Peminjam yang gagal atau enggan membayar balik pinjaman akan dikenakan tindakan undang-undang.

Jika anda menghadapi perkara tersebut, peminjam boleh/harus/dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang terdekan untuk rundingan/perbincangan lanjut mencari penyelesaian untuk kedua-dua pihak.

Diharapkan perkongsian cara semakan senarai hitam imigresn dan PTPTN online ini bermanfaat kepada anda.

Sila like dan share info ini.