Permohonan Dan Cara Tukar Alamat IC Kad Pengenalan

Permohonan dan cara tukar alamat IC (Kad Pengenalan) bermula 5 Mei 2019. Baru-baru ini pihak Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) ada membuat pengumuman bahawa proses tukar alamat IC bermula tahun ini akan kemas kini dan diperketatkan.

cara tukar alamat IC

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman baru-baru ini mengumumkan bahawa proses penukaran butiran alamat IC bermula tahun ini perlu disertai dengan dokumen sokongan seperti cukai pintu, bil utiliti atau dokumen pengesahan lain seperti surat pengesahan dari ketua kampung.

Perkara ini terpaksa dilakukan kerena ramai pemegang IC mempunyai alamat yang sama untuk memperolehi kad pengenalan.

Masalah ini menyusahkan pihak JPN, SPR dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Tinjauan yang dilakukan mendapati ada alamat IC yang menggunakan tanah kosong tanpa rumah. Pihak PDRM contohnya mengadapi masalah mengesan individu yang terlibat dalam siasatan polis kerana alamat yang tidak sahih.

CARA PENUKARAN ALAMAT IC
Pemohon perlu hadir sendiri ke Bahagian Kad pengenalan (BKP), JPN yang berdekatan
Untuk pemohon bawah 18 tahun, anda perlu hadir dengan membawa dokumen sah ibu, bapa atau penjaga berumur 21 tahun ke atas atau salah satu daripada
a. Adik beradik
b. Datuk / Nenek
c. Ibu / Bapa Saudara
Pemohon perlu kemukan Borang Permohonan Tukar Alamat
Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen sokongan (seperti dinyatakan dibawah), sila bawa surat pengesahan daripada penghulu / ketua kampung / tuai rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan yang menyokong pemohonan penukaran alamat
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
01. Bil Elektrik
02. Bil Pembentungan
03. Bil Utiliti
04. Cukai Pintu
05. Borang Taksiran Pendapatan
06. Perjanjian Jual Beli Rumah
07. Perjanjian atau Resit Sewa Rumah (sekiranya menyewa)
08. Lain-lain Dokumen Pembuktian Pemohon Menetap di Alamat Baharu Tersebut

Kepentingan Tukar Alamat IC (MyKAD)

Jika anda adalah pemegang IC Malaysia, adalah penting untuk anda mengemaskini maklumat alamat di IC anda. Undang-undang menyatakan bahawa menurut peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) adalah wajib untuk anda membuat penukaran alamat dalam IC jika menetap atau tinggal di suatu tempat melebihi 90 hari.

Maklumat Pertanyaan Cara Tukar Alamat IC (MyKAD)

Mungkin anda perlukan maklumat lanjut mengenai panduan menukar alamat dalam Kad Pengenalan (IC). Jika anda perlukan lebih banyak maklumat anda boleh berhubung dengan pihak JPN.

Gunakan maklumat di bawah untuk berhubung dengan pihak JPN

a. Alamat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
b. Telefon: 03-8000 8000
c. Facebook Rasmi JPN

Semoga perkongsian mengenai cara tukar alamat IC atau Kad Pengenalan ini bermanfaat kepada anda.