Panduan Dan Contoh Kerja Kursus Sejarah PT3 Online

Panduan dan contoh kerja kursus Sejarah PT3 2019 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun ini. Di sini kami kongsikan panduan dan berberapa contoh soalan/tajuk kerja kursus untuk subjek Sejarah Tingkatan 3. Ini untuk memudahkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 untuk mendapat keputusan yang terbaik.

contoh kerja kursus sejarah PT3 Tentu ramai yang masih tercari-cari dan terkapai-kapai untuk menyelesaikan kerja kursus yang diberikan. Kepada yang masih samar tentang cara untuk menyiapkan tugasan Sejarah PT3 ini tentu anda akan menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.

Kerja Kursus Sejarah PT3

Di sini kami kongsikan panduan dan contoh soalan/tajuk kerja kursus yang selalunya diberikan kepada pelajar. Sila layari link yang diberikan di bawah untuk download panduan dan contoh soalan yang diberikan.

Panduan ini dalam bentuk PDF dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Contoh Soalan/Tajuk Tugasan Sejarah PT3

Anda dikehendaki untuk membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda.

Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang penjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut.

  1. Tajuk
  2. Objektif kajian
  3. Kaedah kajian
  4. Proses Awal dan Kerangka Kasar
  5. Pengenalan dan latar belakang tempat kajian
  6. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat dan tempat tinggal yang jadi pilihan anda
  7. Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
  8. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  9. Melakukan ulasan hasrat tokoh berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 @ 3 JUNE 1957
  10. Rumusan
  11. Dan akhirnya penghargaan dan sumber rujukan yang dikumpul dan disusun berdasarkan urutannya untuk memudahkan anda melakukan semakan daripada masa ke semasa.
  12. Melakukan pembentangan

Semoga perkongsian mengenai contoh kerja kursus Sejarah PT3 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.