Contoh Soalan Ujian MEdSI Dan Format Peperiksaan

Ujian ini wajib dijalani oleh calon untuk melayakkan mereka menyertai Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM atau yang setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Secara rumusannya, bolehlah dianggap bahawa ujian MEdSI direka untuk mengkaji kecenderungan personaliti calon dalam sesuatu bidang.

Terdapat 300 soalah yang perlu/wajib dijawab oleh calon dalam tempoh satu (1)jam. Soalan-soalan adalah terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  • Bahagian 1: (Personaliti, 110 soalan)
  • Bahagian 2: (Minat kerjaya, 60 Soalan)
  • Bahagian 3: Nilai integriti, 70 soalan
  • Bahagian 4: (Kecerdasan emosi, 40 soalan)

Contoh Soalan Ujian MEdSI

Berikut adalah contoh soalan Ujian MEdSI untuk panduan dan rujukan anda.

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 1: Personaliti

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 2: Minat Kerjaya

Soalan MEdSI minat kerjaya

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 3: Nilai Integriti

Contoh Soalan Ujian MEdSI Bahagian 4: Kecerdasan Emosi

ujian MEdSI kecerdasan emosi

Format Peperiksaan MEdSI

Calon yang lulus dalam ujian MEdSI akan layak ke saringan peringkat akhir iaitu sesi temuduga. Pada sesi peringkat temuduga calon akan ditentukan sama ada layak atau tidak untuk melanjutkan pengajian dalam kursus pendidikan.

Format soalan yang diberi adalah berbentuk objektif. Calon hanya perlu jawab:

  • Setuju/tidak setuju
  • Ya/Tidak
  • Sangat Setuju/Setuju/Kurang Setuju atau Tidak Setuju

Banyak calon yang mencari tips untuk lulus ujian MEdSI dengan cemerlang, tetapi sebenarnya ujian MEdSI adalah salah satu daripada ujian berbentuk psikometrik, ianya bukan bersandarkan logik akan dan kepintaran calon semata-mata.

Apa yang calon perlu lakukan ialah bertenang semasa menjawab kerana jiwa yang tenang akan memacu ke arah minda yang positif.

Jika anda lihat kepada contoh-contoh soalan ujian MEdSI di atas, soalan-soalan tersebut nampak mudah kerana ianya adalah aktiviti seharian kita manusia, nilai-nilai masyarakat dan tatacara pergaulan.

Untuk butiran lengkap mengenai ujian MEdSI anda boleh layari portal http://portal.mpm.edu.my/medsi1