CUEPACSCARE: Program Insurans Takaful Penjawat Awam

CUEPACSCARE adalah program takaful atau perlindungan insurans untuk penjawat awam. Rasanya ini adalah program takaful insurans yang termurah dan terbaik kerana anda hanya perlu membayar RM32 sebulan untuk perlindungan satu keluarga.Pada ketika info ini ditulis sudah lebih kurang RM210 juta perlindungan telah dikeluarkan yang melibatkan jumlah penerima sebanyak 73,332 orang.

Pelan Takaful / Insurans Cuepacscare penjawat awam

Baca juga: Kos Rawatan IVF Di Hospital Kerajaan

Keistimewaan Pelan Takaful / Insurans CUEPACSCARE

Jika anda adalah penjawat awam dan telah mengambil program insurans ini, anda layak menerima keistimewaan / perlindungan seperti mana yang tersenarai di gambar di bawah.

Permohonan program takaful CUEPACSCARE untuk penjawat awam

Kategori Pelan Perlindungan CUEPACS CARE

Pelan perlindungan CUEPACSCARE menawarkan dua jenis perlindungan yang utama iaitu;

a. Pelan Individu – Memberi perlindungan kepada ahli dari umur 18 hingga 60 tahun dan boleh diperbaharui sehinggan ahli mencapai umur 70 tahun.
b. Pelan Keluarga – Memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan anak-anak (Tiada HAD bilangan anak). Had umur anak adalah dari 30 hari hingga 18 tahun dan boleh dilanjutkan sehinggan 23 tahun jika belum berkhawin dan belajar sepenuh masa.

Rawatan-rawatan yang dilindungi di bawah insurans ini adalah seperti dalam gambar di bawah;

Cara Memohon

Program takaful CUEPACSCARE adalah terbuka kepada semua penjawat awam yang berumur dari 18 hingg 60 tahun. Jika anda adalah penjawat awam, jangan lepaskan peluang ini.

Kadar bayaran berbeza mengikut pelan perlindungan / insurans yang diambil.

  • Pemohon berumur 18 hingga 55 tahun untuk pelan keluarga ialah RM106/bulan dan RM69/bulan untuk pelan individu.
  • Pemohon berumur 56-59 tahun pula ialah RM174/bulan untuk pelan keluarga dan RM69/bulan untuk pelan individu.

Untuk mendaftar anda boleh ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti di bawah.

  • Muat turun BORANG PERMOHONAN CUEPACSCARE, isikan dengan lengkap dan ditandatangani.
  • Sertakan BORANG BIRO ANGKASA BPA 1/79 (**Borang Asal Sahaja) beserta pengesahan majikan.
  • Sertakan salinan kad pengenalan pemohon.
  • Sertakan salinan slip gaji terkini.

Kemudian sila poskan kesemua dokumen tersebut ke alamat:

MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd
A-1-8 Pusat Perdagangan Intania
Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang Selangor
Tel: 03-33714248
Faks: 03-33714258

Untuk maklumat lanjut, kami akan kongsikan sebaik portal CUEPACSCARE boleh diakses di sini http://cuepacscare.my/

Semoga info ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info penting ini kepada rakan-rakan anda.