Cuti Bersalin Pekerja Swasta 90 Hari (Akta Kerja 1955)

Cuti bersalin pekerja swasta kini berjumlah 90 hari menurut Akta Kerja 1955. Ini adalah berita yang baik untuk mereka yang bekerja di sektor swasta.

Baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan cuti bersalin sektor swasta dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari. Tentunya ini boleh memberikan kelegaan kepada para ibubapa yang berkerja dalam sektor swasta.

Untuk yang kerja dengan kerajaan setakat ini tiada isu besar mengenai cuti bersalin.

permohonan cuti bersalin swasta 90 hari

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, draf pindaan telah disiapkan dan akan dibentangkan di parlimen dalam masa terdekat ini.

Selain itu golongan bapa yang kerja di sektor swasta juga akan menikmati cuti ‘paterniti leave’ selama 3 hari.

Cuti Bersalin Swasta

Di bawah kami kongsikan info tentang maternity leave (cuti bersalin) dan juga faedah bersalin untuk pengetahuan anda.

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa sebelum ini cuti bersalin bergaji hanya 60 hari sahaja menurut Seksyen 37 Akta Kerja 1955

Sila rujuk di bawah;

  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.

Berdasarkan Seksyen 37(2)(c), pekerja yang terus menerima gaji bulanannya sepanjang masa cuti bersalin dianggap telah menerima bayaran faedah bersalin.

Tuntutan faedah bersalin nampak lebih berkaitan kepada para pekerja yang menerima gaji hari (dibayar gaji jika hadir kerja) sahaja.

Berikut adalah kelayakan elaun bersalin untuk pengetahuan anda;

  • Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
  • Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
  • Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin

Info Mengenai Akta Kerja 1955

Dari segi perundangan kaum bapa yang bekerja di sektor swasta tidak layak memohon paternity leave. Walau bagaimanapun ada juga majikan di sektor swasta yang memberi cuti tersebut sebanyak 1 hingga 3 hari kepada kaum bapa.

Pekerja atau kakitangan di sektor kerajaan pula, kaum bapa mendapat paternity leave sehingga 14 hari bergaji.

Di bawah adalah antara lainnya maklumat-maklumat yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 untuk pengetahuan anda.

  • pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
  • adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat
  • Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
  • tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan
  • pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin

Untuk kakitangan swasta yang ingin memohon cuti bersalin, anda dinasihatkan untuk memaklumkan majikan anda sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum tarikh melahirkan.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan faedah bersalin untuk anda.

Semoga perkongsian mengenai cuti bersalin swasta ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.