Download FREE Website Design/Template Untuk Blogger Di Malaysia

Kenapa perlu mengeluarkan belanja jika anda boleh bina website peribadi atau website perniagaan secara percuma? Ramai blogger atau yang baru berjinak menjadi blogger beranggapan blogging memerlukan belanja yang tinggi. Sebenarnya tidak, banyak sahaja sumber anda boleh dapatkan percuma seperti blog atau website design dan juga web hosting untuk website atau blog anda.

Kami yakin kehadiran anda di sini kerana sedang mencari tempat untuk download website design (template) pertama anda.  Oleh itu kami tidak mahu menghampakan dan sangat menyarankan anda untuk teruskan membaca tips-tips di bawah yang dapat membantu anda memiliki website design seperti seorang profesional.

Ada pelbagai pilihan, terpulang kepada bentuk perniagaan atau hala tuju website yang mahu diperkenalkan.

Ramai juga  pereka website yang menggunakan kemudahan ini untuk menjual semula website mereka kepada pelanggan. Daripada upah designer lebih baik anda design  website sendiri.

Oh! Ya, jangan susah hati. Anda tidak perlu bersusah payah menjadi designer pula. Cuma perlu download sahaja. Tetapi tidak salah untuk menjana pendapatan sampingan melalui web designer ini.
Jika pelanggan mempunyai sebuah restoran, klinik pergigian ataupun seorang peniaga  bundle,  kesemua ciri-ciri reka bentuk dan kebolehan  menarik boleh didapati walaupun hanya menggunakan website yang boleh diperolehi secara percuma.

Anda mungkin boleh naik taraf kepada premium jika mahu menambah  beberapa ciri ciri lain untuk meningkatkan fungsi website anda. Tetapi bagi pemula, menggunakan design website percuma adalah permulaan yang sangat baik.

Jadi kita akan mulakan perbincangan ini kepada  beberapa website/blogging platform percuma yang biasa menjadi pilihan blogger di Malaysia.

1.  Sedang hebat diperkatakan adalah WIX.COM

WIX.COM sedang begitu rancak di promosikan pada ketika ini. Anda dapat melihat tawaran untuk membuka website secara percuma di mana-mana, tambahan apabila anda mencari kata kunci bina website sendiri, promosi WIX.COM akan muncul serta merta di mana-mana bahagian PC atau paparan browser anda.

Bolehlah dicuba memandangkan begitu banyak juga ciri-ciri menarik yang ditampilkan oleh WIX.COM melalui perkongsian terus daripada laman sosial seperti Facebook,  Instagram,  Twitter  dan sebagainya boleh dikongsikan terus  ke dalam website dengan fungsi penuh sama seperti paparan asal.

Namun, WIX.COM  lebih kepada website perkongsian peribadi disebabkan oleh latarbelakang websitenya yang sangat catchy dan berjiwa aktif. Juga ada beberapa fungsi WIX.COM yang masih belum disokong oleh Google Adsense. Google Adsense adalah situs yang membayar dalam bentuk USD setiap tayangan dan perklik iklan mereka di websites anda.

Mungkin anda perlu mempertimbangkan penggunaan WIX.COM jika mahu menggunakan perkhidmatan Google Adsense di masa akan datang. Namun, tidak perlu khuatir, kerana ada terdapat site-site lain yang sama fungsinya seperti Google Adsense contohnya seperti Adnow, ReveniewHits, Chitika dan sebagainya.

2. Terkenal dikalangan blogger terkemuka adalah WORDPRESS.COM

download free website template di Malaysia

Sangat disarankan kerana fungsinya yang mesra pengguna. Tambahan pula WordPress.com sudah sekian lama digunakan dan tidak asing lagi bagi para blogger. Bukan sahaja hanya di Malaysia, tetepi di seluruh dunia. Memandangkan WORDPRESS sudah agak lama juga bertapak, jadi begitu banyak penambahbaikan dan ciri-ciri terbaru dan terlengkap yang sentiasa ditambah baik.

Anda dapat merasai pengalaman sebenar mrmiliki website dengan fungsi sebenar walaupun hanya menggunakan versi biasa. Malah, bayaran untuk ciri-ciri tambahan juga tidaklah terlalu mahal dan dibayar hanya dalam tempoh tahunan. Bergantung kepada kemampuan dan keperluan masing-masing.

3. Blogger.com – Free blogging platform milik Google yang paling popular

Blogger.com manjadi pilihan ramai kerana ianya percuma, mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja yang beru berjinak-jinak dengan bidang blogging dan juga kerana ianya adalah brand/jenama yang boleh dipercayai.

Siapa yang tidak percaya produk milik Google search engine yang terbesar di dunia.

4. Hubpages – memberi anda peluang untuk menjana pendapatan

Jika anda seorang penulis, mahir dalam penggunaan bahasa english, ini adalah peluang keemasan untuk anda menjana pendapatan melalui penulisan di Hubpages.

Hubpages bukan sahaja memiliki design websites yang menarik, malah sudah begitu terkenal dikalangan pembaca blog. Oleh itu, penjenamaan ini dengan mudah menarik pengunjung ke laman anda.

Menariknya di sini, anda cuma perlu mendaftar, menulis dan tunggu sehingga artikel anda diluluskan. Hubungkan akaun pada Paypal, seterusnya pendapatan masuk melalui iklan yang ditampal pada artikel dan jualan affiliate anda.

5. SmileValley.net suka memberikan senyuman kepada kalangan pembacanya

Sedikit berbeza daripada Hubpages, mereka tidak terlalu ketat dengan sedikit kesalahan penterjemahan bahasa dan penggunaan  bahasa yang lemah.

Smile Valley hanya mahu penulis memberikan inspirasi mereka, memiliki laman website sendiri dan kongsikan penulisan tersebut supaya mendapat capaian bacaan yang tinggi.

Tujuannya untuk meningkatkan capaian tayangan banner, interstitial dan menjana pendapatan melalui pay per click. Jadi, apa tunggu lagi, mulalah menulis dan berkongsi sambil jana pendapatan. Dalam sekelip mata sahaja anda sudahpun memiliki website sendiri.

6. SiteBuilder.com

Ya, sangat menarik untuk menggunakan SiteBuilder. Ia seperti tahu segala-galanya dan telah menyediakan kesemua kemudahan untuk anda membina apa sahaja bentuk websites anda. Tidak kiralah personal, perkenalan syarikat, periklanan jualan langsung taupun design e-commerce yang setanding Lazada. Website ini memiliki kelebihan seperti itu.

Jika anda memerlukan website atau blog tak perlu berbelanja banyak-banyak, anda boleh pilih mana-mana blogging platform di atas untuk bangunkan blog pertama anda untuk berkongsi kegemaran atau perniagaan anda kepada orang ramai. Sebenarnya ada berberapa free blogging platform lain seperti Typepad.com dan sebagainya yang anda boleh gunakan.

Berbalik kepada topik asal kita iaitu tempat untuk download free website design/template untuk blogger atau webmasters di Malaysia di bawah ada sedikit senarai yang anda boleh terokai/check/explore untuk mencari website design/template untuk website kegemaran anda.

Download Free Website Design/Template

Di bawah ada berberapa site yang anda boleh pergi untuk download template/design percuma. Anda bolehlah memilih website design yang sesuai untuk site/blog anda.

1. Gooyaabi ! Namanya sahaja sudah begitu funcky

free website design Malaysia

Gooyaabi menyenaraikan beberapa template website yang sangat trendy, modern dan berketerampilan. Sesetengah ciri ialah Widget Berlangganan E-mel Sedia, Menu Drop Down, Breadcrumb Navigation Ready, Menu Navigasi Halaman, Tayangan, Skrin Kecil Post dan Banyak lagi.

Juga tersedia forum sokongan blogger percuma. Adakah anda mempunyai masalah? Jangan risau! Siarkan sebarang pertanyaan anda di forum sokongan Gooyaabi dan dapatkan bantuan, idea, dan cadangan daripada pakar.

Enjin carian tersenarai secara automatik. Jadikan blog anda mesra SEO dan dapatkan lebih ramai pengunjung. Templat Sedia SEO dibina dengan amalan SEO terbaik dalam fikiran. Apa yang lebih penting daripada memastikan trafik website anda sentiasa sibuk? Dengan kemudahan  ini, sudah tentu dapat menjimatkan masa dan tenaga.

2. Soratemplates.com

Soratemplates.com adalah satu lagi site yang anda boleh layari untuk download website design/template yang cantik dan sesuai dengan blog atau website anda. Laman ini menyediakan template-template yang percuma dan juga yang berbayar.

Jika website design yang anda perlukan tidaklah terlalu sofiscated/complicated anda boleh sahaja download template yang berstatus percuma (free) dan jika anda perlukan bantuan sokongan dan template yang anda perlukan agak complicated anda bolehlah download template yang berbayar.

Kebaikan template atau website design yang dihasilkan oleh soratemplate.com adalah bersifat ‘responsive’ yang bermaksud paparan/display website anda berubah mengikut peranti yang digunakan oleh pengguna.

Design yang dihasilkan oleh mereka juga adalah ‘mesra SEO’ iaitu aspek SEO dititik berat dan disediakan di dalam design yang anda akan download nanti.

3. Arlina Design – arlinadzgn.com

Arlina Design adalah salah satu website designer yang terdekat dengan kita blogger di Malaysia. Arlina Design menyediakan website design/template yang terbesar dan sangat popular di Indonesia dan sekarang ini di Malaysia.

Template yang dihasilkan oleh Arlina Design menjadi kegemaran ramai webmaster dan blogger kerana keunikan dan kecantikan design mereka seperti warna yang ceria dan fungsi template yang agak menyeluruh dan terkini.

Arlina Design juga menyediakan website design/template yang bersifat ‘responsive’ dan juga ‘mesra SEO’ yang sangat diperlukan oleh para pemilik website dan blog.

Website design yang mereka hasilkan boleh anda download secara percuma dan ada juga yang berbayar. Jika anda adalah pemilik website yang baru kami sarankan anda download website template yang percuma sahaja dulu.

Cukuplah 3 sumber di atas yang boleh anda layari untuk download free website design untuk blogger dari Malaysia memandai setakat ini. Mereka menyediakan beratus-ratus jenis pelbagai kegunaan website design/template yang anda boleh download untuk website anda.