Harga Lada Hitam Sekilo 2019 Malaysia

Harga Lada Hitam sekilo 2019 di Malaysia. Kali ini kami kongsikan dengan anda harga Lada Hitam sekilo di Malaysia. Rasanya maklumat ini penting kepada para pekebun dan peladang Lada Hitam/Putih di negara kita.

Mungkin ramai belum sedar bahawa lada hitam adalah tanaman yang sangat menguntungkan dan semakin popular.

Setakat ini di Malaysia, Sarawak mendahului dalam jumlah pengeluaran lada hitam dan lada putih di negara kita. Tanaman lada hitam tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Sarawak.

Setakat ini Malaysia terletak pada kedudukan No.5 sebagai negara pengeluar lada hitam dan lada putih dunia. Manakala pengeluaran lada hitam/putih di Sarawak telah diiktiraf sebagai yang berkualiti tinggi bertaraf premium di dunia.

Baca juga: Senarai harga terkini barangan kitar semula di Malaysia

Harga Lada Hitam/Putih

Harga lada hitam dan putih selalu turun naik tetapi ketika ini penurunan harga komoditi tersebut tidaklah sampai ke tahap yang menjejaskan para peladang dan pekebun ladang hitam.

Ini bermakna harga komoditi ini agak stabil dan mempunyai potensi besar untuk dibangunkan di negara kita kerana bahan ini diperlukan diseluruh dunia untuk memasak. Ini menjadikan permintaan untuk lada hitam dan putih sentiasa ada dan tinggi.

Untuk memudahkan anda, sebenarnya Lembaga Lada Malaysia ada mengeluarkan senarai purata harga lada hitam dan lada putih untuk panduan para pekebun dan peladang.

Cuba rujuk gambar di bawah mengenai harga terkini komoditi ini di Malaysia.

Senarai harga terkini lada hitam sekilo di Malaysia

Untuk anda sentiasa dapat menyemak harga terkini lada hitam anda boleh buat semakan online di sini

Skim Bantuan Penanaman Lada Hitam

Jika anda berminat untuk terlibat dalam industri penanaman lada hitam, Lembaga Lada Malaysia ada menyediakan skim bantuan penanaman lada hitam untuk pekebun dan peladang lada hitam di seluruh negara.

Berikut adalah maklumat skim bantuan penanaman lada yang ditawarkan oleh pihak Lembaga Lada Malaysia.

Syarat-Syarat Penerima Bantuan

Syarat–Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sarawak dan Semenanjung Malaysia
  • Penerima bantuan adalah warganegara Malaysia;
  • Pekebun yang memiliki sekurang-kurangnya 200 pokok lada baharu yang berusia 2 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah menerima bantuan hanya layak dipertimbangkan semula selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.

Sebagai contoh, pekebun yang telahdiluluskan dengan bantuan yang diluluskan pada tahun 2016 hanya layak dipertimbangkan pada tahun 2019.

 Syarat – Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sabah
  • Penerima adalah warganegara Malaysia;
  • Pekebun yang memiliki sekurang-kurangnya 50 pokok lada baharu yang berusia 2 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah mendapat bantuan hanya layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.

Sebagai contoh, pekebun yang telah diluluskan dengan bantuan yang diluluskan pada tahun 2016 hanya layak dipertimbangkan pada tahun 2019.

Ini adalah peluang baik yang disediakan oleh kerajaan untuk anda. Rebutlah peluang ini.

Semoga perkongsian info mengenai harga lada hitam ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share maklumat ini.