Harga Minyak Masak Terkini KPDNKK Malaysia

Harga minyak masak terkini seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Seperti yang anda tahu minyak masak adalah salah satu barangan pengguna yang termasuk dalam kategori barangan kawalan. Sudah tentu harganya tidak akan/banyak mengalami perubahan kecuali selepas melalui pertimbangan dari pihak kerajaan.

Ini bermakna barangan pengguna yang termasuk dalam kategori ini akan dikawal harganya di pasaran oleh KPDNKK untuk menjamin tidak ada peningkatan harga yang keterlaluan oleh para peruncit untuk meraih keuntungan secara keterlaluan.

Senarai harga minyak masak terkini

Harga Minyak Masak 2019

Pada ketika ini harga minyak untuk memasak dalam paket (plastik) 1 kilogram masih kekal pada harga RM 2.50 manakala harga minyak masak jenama lain adalah mengikut harga pasaran semasa. Walau bagaimana pun harganya tetap akan di pantau oleh KPDNKK dari masa ke semasa.

Jika anda ingin mengikuti perkembangan harga semasa atau terkini barang-barang yang termasuk dalam kategori barangan kawalan anda boleh selalu melayari laman website rasmi KPDNKK.

Untuk kemudahan anda laman portal rasmi KPDNKK ialah >>> KPDNKK Official Website

Pada ketika ini harga terkini ialah RM2.50 untuk 1 kilogram (paket) mana kala harga minyak masak jenama lain adalah mengikut harga semasa pasaran. Minyak masak yang dibotolkan adalah bergantung kepada turun naik harga semasa.

Untuk makluman anda jualan minyak masak tidak bersubsidi dalam botol tidak ditetapkan oleh pihak KPDNKK. Harga minyak untuk memasak dalam botol adalah ditetapkan oleh industri bergantung kepada harga semasa pasaran minyak sawit.

Arahan Penguatkuasaan Tanda Harga

Arahan penguatkuasaan tanda harga barangan adalah keutamaan kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat informasi yang sewajarnya mengenai harga barangan sebelum membelinya. Harga merupakan satu perundangan yang telah dikuatkuasakan bermula pada tahun 1977 dengan 111 barangan terpilih. Perundangan ini yang dahulunya dikenali sebagai Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1977 telah diganti dengan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 dan merangkumi semua jenis barangan yang dijual secara runcit.

Semua peniaga yang menjual barangan secara runcit dianggap penjual runcit. Penjual runcit terdiri daripada peniaga kedai runcit, pasar basah, pasar tani, pasar malam, pasaraya besar, pasar mini, kiosk, kedai sukan, kedai emas, butik pakaian, aksesori termasuk semua bentuk perniagaan yang menjual secara runcit kepada pengguna akhir.

Kewajipan penandaan harga oleh penjual runcit adalah seperti berikut:

  • Hendaklah meletakkan tanda harga pada setiap barang atau contoh barangan yang dipamerkan bagi jualan;
  • Hendaklah menandakan setiap barang tersebut dengan tanda harga yang menunjukkan harga tunai bagi tiap satu unit, satu unit timbangan atau bagi setiap sukatan barangan tersebut;
  • Sekiranya jenis atau saiz barangan tidak sesuai ditandakan harga pada barang itu atas sebab jenis atau saiz, penjual runcit boleh menggunakan satu senarai harga yang menyatakan perihal barang dan harganya dengan jelas;
  • Perihal dan harga ini hendaklah ditandakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Malaysia dan terjemahan sekiranya penjual runcit tidak memahami Bahasa Malaysia;
  • Saiz dan Warna tanda harga hendaklah dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna;
  • Harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM);
  • Pengguna hendaklah mempunyai akses kepada harga pada setiap masa;
    Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui:

    • Talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC)
    • Talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800
    • Aplikasi telefon pintar Ez ADU
    • Emel ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov.my
    • SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNHEP ADUAN <butiran aduan>”
    • Lapor/hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP di seluruh negara.
      Gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual
      (Kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993)
      Bagi Bukan Pertubuhan Perbadanan (Individu)

      • Denda Maksimum – RM50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali
      • Kompaun Maksimum – RM 25,000
    • Bagi Pertubuhan Perbadanan (Syarikat)
      • Denda Maksimum – RM100,000
      • Kompaun Maksimum – RM 50,000

Diharapkan perkongsian mengenai harga minyak masak terkini di Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak KPDNKK ini bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan umum. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.