Harga Renew Lesen Memandu 2019 Terkini

Harga renew lesen memandu 2019 terkini. Lesen memandu anda sudah tamat tempoh? Kalau tamat tempoh tentu sekali sudah sampai masanya anda memperbaharui lesen memandu sebelum anda terserempak dengan polis traffik dan kena sama.

kadar bayaran renew lesen memandu

Renew lesen memandu jauh lebih murah berbanding bayar saman disebabkan lesen tamat tempoh.

Kadar Bayaran Renew Lesen Memandu Malaysia

Untuk memperbaharui lesen memandu anda, anda boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat Jabatan pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Anda juga boleh berbuat demikian di Pejabat Pos Malaysia yang ada menawarkan perkhidmatan renew lesen memandu.

Harga renew lesen (memperbaharui) lesen memandu terkini ialah seperti berikut:

  1. Bayaran renew lesen untuk tempoh setahun: RM30
  2. Bayaran renew lesen untuk tempoh 2 tahun: RM60
  3. Bayaran renew lesen untuk tempoh 5 tahun: RM150

Sila rujuk Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu di bawah untuk rujukan anda.

Kadar bayaran lesen memandu JPJ

Bayaran memperbaharui lesen memandu ini boleh berubah dari masa ke semasa. Anda boleh berhubung terus dengan pihak JPJ yang terdekat dengan anda untuk bayaran semasa atau terkini.

Semoga perkongsian mengenai harga renew lesen memandu terkini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain.