Harga Renew Roadtax Dan Insurans Kereta 2019 Terkini Di Malaysia

Harga renew roadtax dan insurans kereta 2019 terkini di Malaysia. Setiap hari kita melihat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Pejabat Pos Malaysia dipenuhi pelanggan untuk memperbaharui roadtax (cukai jalan) dan insurans kereta mereka.

Tahukah anda bahawa ramai pelanggan yang tidak tahu untuk buat badget untuk harga roadtax dan insurans kereta yang terkini dan ramai yang gagal menyediakan wang yang mencukupi untuk membeli roadtax dan insurans kereta.

Untuk info sila baca juga mengenai harga renew lesen memandu terkini.

Di sini kami cuba membantu anda untuk memberikan sedikit maklumat terkini mengenai harga terkini renew roadtax dan insurans di Malaysia sebagai panduan asas anda. Setiap kali hari ulang tahun kereta anda mesti garu kepala yang tak gatal memikirkan jumlah wang yang perlu disediakan untuk renew cukai jalan dan insurans kereta anda bukan.

harga renew roadtax dan insuran kereta

Harga Roadtax (Cukai Jalan) Terkini

Harga renew roadtax terkini di Malaysia. Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai harga cukai jalan kereta terkini di Malaysia sebagai panduan anda. Sila ambil maklum bahawa harga roadtax (cukai jalan) ini boleh berubah dari masa ke semasa tertakhluk kepada keputusan dan polisi kerajaan.

Harga cukai jalan terkini di Malaysia

Sila ambil maklum bahawa harga cukai jalan yang dipaparkan ini adalah untuk kereta persendirian sahaja yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api di Semenanjung Malaysia sahaja.

Harga renew cukai jalan kereta/kenderaan perdagangan yang menggunakan bahan api diesel tidak sama seperti yang dipaparkan dalam jadual di atas.

Seperti yang telah dijelaskan tadi bahawa harga renew roadtax terkini yang dipaparkan dalam jadual di atas boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk mendapatkan harga renew roadtax dan insurans terkini di Malaysia anda boleh layari lawan website rasmi JPJ atau MyEG untuk maklumat yang lebih tepat.

Ini kerana untuk memperbaharui cukai jalan kereta anda, adalah wajib untuk anda membeli insurans untuk kereta anda.

Anda juga boleh rujuk harga buat lesen memandu kenderaan terkini dan peraturan baru cermin gelap JPJ yang dikeluarkan oleh JPJ baru-baru ini.

Berita baiknya anda kini boleh menyemak dan mengetahui harga renew roadtax dan insurans kereta terkini di Malaysia untuk memudahkan anda.