Harga Tiket Wayang GSC Terkini

Harga tiket wayang GSC terkini di seluruh negara. Mungkin anda sudah puas menonton wayang percuma di Iflix and Netflix online. Menonton online melalui saluran online Iflix bagus juga kerana ada banyak pilihan termasuk drama bersiri boleh anda tonton.

Senarai harga tiket wayang GSC di Malaysia

Walau bagaimana pun untuk wayang terbaru yang anda minat, tentu menonton filem kegemaran anda di layar (screen) besar dengan sound system yang mantap lebih menyeronokkan. Kami juga ada melanggan Iflix tetapi menonton wayang di pawagam tetap masih menjadi pilihan.

Baca juga: Cara menuntut dekoder MYTV

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda info harga terkini tiket wayang di Golden Screen Cinemas (GSC). Panggung wayang GSC ada terdapat di seluruh negara. Kami akan kongsikan senarainya untuk panduan anda.

Senarai Harga Tiket Wayang GSC

Jika anda sering mengunjungi GSC, info ini berguna kepada anda. Senarai harga di bawah adalah yang terkini. Harga ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan pengurusan GSC.

  • Gold Class (GSC):  RM 58 – RM 80
  • Premier Class (GSC): RM 11 – RM 38
  • MAXX (GSC): RM 10 – RM 32
  • DBOX (GSC): RM 20 – RM 36
  • MAXX DBOX (GSC): RM 20 – RM 37
  • 4DX (GSC): RM 20 – RM 39
  • Atmos (GSC): RM 9 – RM 22
  • Onyx (GSC): RM 11 – RM 22
  • Play+ (GSC): RM 9 – RM 54:
  • ScreenX (GSC) RM 29

Ada 10 kategori harga yang ditawarkan oleh pihak GSC. Pengguna biasanya tidak sedar kategori yang mana harga mereka bayar, asal dapat tengok movie itu lebih penting bukan? Kami juga begitu. Beli sahaja tiket yang ada untuk menonton wayang terbaru kegemaran.

Senarai Panggung Wayang GSC

Jika anda menonton wayang, apakah soal jenis panggung wayang diambil kira? Mungkin tidak ramai yang peduli perkara ini. Di Malaysia kita ada Golden Screen Cinemas (GSC), MBO, mmC, TGV, LFS, Mega C’Plexs dan banyak lagi.

Yang paling popular ialah GSC, MBO dan TGV kerana mereka memiliki cawangan panggung wayang yang banyak.

Untuk memudahkan anda kami kongsikan senarai panggung wayang GSC di seluruh negara. Sebanyak 38 panggung wayang GSC di seluruh negara ketika ini.

Sila lihat senarai di bawah;

  • GSC – The Gardens Mall
  • GSC – Mid Valley
  • GSC – Pavilion KL
  • GSC – 1Utama
  • GSC – 3 Damansara
  • GSC – Paradigm Mall
  • GSC – Setia City Mall
  • GSC – Klang Parade
  • GSC – Berjaya Times Square
  • GSC – Quill City Mall
  • GSC – Ekocheras Mall
  • GSC – Nu Sentral
  • GSC- Alamanda Putrajaya
  • GSC – IOI City Mall
  • GSC – Cheras Leisure Mall
  • GSC – MyTown
  • GSC – Summit USJ
  • GSC – Melawati Mall
  • GSC – IOI Mall
  • GSC – Ipoh Mall
  • GSC – Aman Central
  • GSC – Amanjaya Mall
  • GSC – Gurney Plaza
  • GSC – Queensbay
  • GSC – Sunway Carnival
  • GSC – Palm Mall
  • GSC – Terminal 1
  • GSC – AEON Bandaraya Melaka
  • GSC – Dataran Pahlawan
  • GSC – Mid Valley Southkey
  • GSC – Paradigm Mall JB
  • GSC – Berjaya Megamall
  • GSC – East Coast Mall
  • GSC – Mentakab Star Mall
  • GSC – Suria Sabah
  • GSC – 1Borneo
  • GSC – CityONE
  • GSC Bintang Megamall

GSC adalah antara yang paling banyak memilik cawangan di Malaysia. Anda bolehlah pergi beli tiket secara online di website GSC untuk menonton wayang di panggung wayang GSC yang terdekat dengan anda.

Maklumat Perhubungan GSC

Mungkin anda ingin menghubungi pihak GSC atas apa-apa urusan. Anda boleh layari laman website rasmi GSC atau di FB Page GSC.

Carian yang buat tiada memaparkan apa-apa maklumat mengenai alamat pejabat GSC di Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda yang minat menonton wayang.