Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019
Tarikh jadual pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019. Kerajaan PH mengumumkan bahawa BR1M akan di teruskan tetapi dengan nama yang baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Pembayaran BSHR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima bantuan.
Kemaskini: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 untuk kira-kira 300,000 penerima tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun penerima kerana nombor akaun yang didaftarkan tidak tepat.
Antara kes yang berlaku contohnya ialah penerima BSH adalah suami tetapi nombor akaun yang didaftarkan adalah nama isteri.
Kita tunggu kenyataan LHDN mengenai perkara ini buat masa ini.
Sila rujuk maklumat lengkap jumlah pembayaran di artikel kami yang terdahulu. Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) akan dibayar mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Jika ada perubahan kami akan kemaskini di laman ini secepat yang mungkin. Setakat ini, maklumat ini adalah yang terkini.
Sebelum itu ada baiknya anda ambil maklum terlebih dahulu mengenai kategori dan maklumat pemohon yang layak memohon untuk bantuan sara hidup rakyat ini. BR1M telah dijenamakan semula kepada nama baru iaitu BSHR.
Berikut ialah kategori bantuan kepada penerima untuk panduan anda.
Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019
Tarikh jadual pembayaran bantuan sara hidup untuk tahun ini adalah seperti jadual di bawah. Maklumat ini ada selaras dengan apa yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui website rasmi mereka.
Tarikh Pembayaran BSH 2019
FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN BERMULA |
---|---|
1. Bayaran Fasa Pertama | 28 Januari 2019 |
2. Bayaran Fasa Kedua | Mei 2019 |
3. Bayaran Fasa Ketiga | Ogos 2019 |
Sila rujuk: https://bsh.hasil.gov.my/
Jadual pembayaran BSHR di atas adalah panduan umum sahaja. Ianya masih tertakhluk kepada pindaan-pindaan semasa yang akan dibuat oleh pihak kerajaan.
Pembayaran BSHR Melalui Bank
Penerima BSH boleh mendaftarkan nama bank pilihan mereka kepada pihak LHDN untuk menerima bayaran. Wang tersebut akan dikreditkan terus ke akaun simpanan anda pada masa hari pembayaran dilakukan.
Sila semak senarai bank yang disenaraikan/diluluskan oleh pihak LHDN untuk tujuan pembayaran bantuan tersebut. Terdapat 19 bank di Malaysia yang tersenarai dalam senarai tersebut.
SENARAI NAMA BANK |
---|
1. AFFIN BANK |
2. AGRO BANK |
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD |
4. AM BANK BERHAD |
5. AL RAJHI BANK |
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD |
7. BANK RAKYAT |
8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD |
9. BANK SIMPANAN NASIONAL |
10. CIMB BANK BERHAD |
11. CITIBANK BERHAD |
12. HONG LEONG BANK |
13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD |
14. MAYBANK |
15. OCBC BANK |
16. PUBLIC BANK BERHAD |
17. RHB BANK BERHAD |
18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD |
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD |
Kami akan kemaskini maklumat ini jika ada informasi yang yang kami perolehi.
Ada berberapa persoalan iaitu bagaimana menerima bantuan BSH untuk pemohon yang tidak mempunyai akaun bank simpanan? Tahun ini semua pembayaran bantuan BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan.
Pemohon BSH 2019 yang telah diluluskan permohonannya tetapi tidak mempunyai akaun simpanan bank atau maklumat perbankan yang diberi mempunyai kesilapan/kesalahan yang mengakibatkan pembayaran melalui bank tidak dapat dibuat maka Bank Simpan Nasional(BSN) diberi kuasa untuk membuka akaun bank bagi penerima untuk tujuan menerima bantuan berdasarkan maklumat di permohonan BSH 2019.
Semoga perkongsian mengenai tarikh jadual pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.