Jadual Pembayaran Tarikh Gaji 2019 Kakitangan Awam Kerajaan
Jadual pembayaran gaji 2019 kakitangan awam kerajaan. Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam ini mungkin maklumat yang amat penting untuk kakitangan awam di Malaysia. Seperti biasa hari gaji adalah hari yang penting kepada semua pekerja. Ini kerana pastinya setiap bulan kita ada banyak perkara yang perlu dibayar.
Untuk golongan pesara kerajaan baca info mengenai tarikh pembayaran pencen setiap bulan untuk panduan anda.

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2019
Jadual ini penting sebagai rujukan kakitangan awam kerajaan untuk merancang perbelanjaan bulanan mereka.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ada mengeluarkan pekeliling maklumat tarikh pembayaran gaji kakitangan awam untuk sesi tahun ini. Anda boleh rujuk pekeliling tersebut untuk maklumat lanjut.
TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2019 | |||
---|---|---|---|
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
Januari | 24.01.2019 | Khamis | |
Februari | 25.02.2019 | Isnin | Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu) |
Mac | 25.03.2019 | Isnin | |
April | 25.04.2019 | Khamis | |
Mei | 23.05.2019 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat) |
Jun | 25.06.2019 | Selasa | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis) |
Julai | 25.07.2019 | Khamis | |
Ogos | 22.08.2019 | Khamis | Hari Raya Haji 11 Ogos 2019 (Ahad) |
Sept | 25.09.2019 | Rabu | |
October | 17.10.2019 | Khamis | Hari Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad) |
November | 25.11.2019 | Isnin | |
December | 18.12.2019 | Rabu | Hari Krismas 25 Disember 2019 (Rabu) |
Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai tarikh gaji kakitangan awam, bolehlah berhubung terus dengan Jabatan Akauntan Negara menggunakan alamat perhubungan di bawah.
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03-8882 1624/1612/1622/1611
Untuk bulan Mei 2019 ini kakitangan awam/ kerajaan akan mendapat pembayaran bonus raya dan bantuan aidilfitri seperti yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.
Semoga perkongsian mengenai jadual pembayaran gaji kakitangan awam kerajaan ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.