Jadual Peperiksaan PT3 2019 Pentaksiran Tingkatan 3

Jadual peperiksaan PT3 2019 ujian Pentaksiran Tingkatan 3. Untuk tahun ini pelajar yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 bertulis dijangka diadakan seawal bulan Ogos sehingga selesai. Jadual terkini telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melalui laman website rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) dan boleh didownload oleh pelajar nanti.

Jadual Peperiksaan PT3

Jadual peperiksaan ini memperincikan maklumat penting seperti tarikh serta garis panduan dan arahan peperiksaan bertulis PT3 untuk dijadikan rujukan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan PT3 tahun ini

Tarikh Peperiksaan PT3 2019

Di bawah adalah tarikh peperiksaan PT3 tahun ini untuk rujukan pelajar Tingkatan 3 dan para warga pendidik dan juga ibu bapa.

Untuk makluman keputusan peperiksaan PT3 tidak dapat diakses melalui SAPS Ibu Bapa NKRA.

Anda boleh download tarikh peperiksaan PT3 ini untuk membantu anda membuat persediaan menghadapi peperiksaan PT3 dengan lebih terancang dan teratur nanti.

Tarikh Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3

Sila ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan peperiksaan PT3 di bawah.

Tarikh Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) – Tarikh-tarikh penting untuk pelajar PT3

  • Bertulis: 30 September – 8 Oktober 2019
  • Lisan Bertutur (BI, BM, LAM (KBD)): 18 Ogos – 13 September 2019
  • Mendengar (BI, BM, LAM (KBD)): 23 – 25 September 2019
  • Tilawah & Hafazan (KBT): 10-20 September 2019
  • Pentaksiran Pendidikan Kesenian: 18 Februari – 12 Julai 2019

Sila Download Jadual Waktu Peperiksaan PT3 melalui link-link yang diberikan di bawah.

Tiga (3) jenis instrumen yang terdapat dalam Peperiksaan PT3

Dalam ujian pentaksiran Tingkatan 3 para pelajar akan diuji melalui 3 intrumen seperti dalam senarai di bawah untuk rujukan anda.

  1. Ujian lisan (bertutur dan mendengar) melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Test (Ujian) Tilawah dan Hafazan melibatkan Maharat Al-Quran Kertas 2 dan Hifz Al-Quran
  2. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) – Kerja Kursus melibatkan Mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
  3. Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu

Arahan Am Kepada Pelajar PT3

Berikut adalah arahan am yang perlu dibaca oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Arahan ini adalah penting untuk dipatuhi untuk memudahkan anda dan juga melancarkan perjalanan sesi peperiksaan nanti.

  1. Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh PT3 2019
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00 bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa. Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos
  3. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 2019 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Format Baru Soalan Peperiksaan PT3

Mungkin ramai di antara anda yang belum menyedari bahawa peperiksaan PT3 akan mengalami format baru. Ini kerana sekolah-sekolah kini diberi kuasa untuk mengendalikan sendiri penyediaan soalan-soalan untuk PT3 di sekolah menengah masing-masing dengan pengawasan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Anda boleh rujuk format baru soalan-soalan PT3 untuk mendapatkan gambaran mengenai format terkini peperiksaan PT3 yang akan anda hadapi nanti.

Semoga perkongsian mengenai jadual peperiksaan PT3 2019 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Mohon like dan share info ini.