Jadual Peperiksaan SPM 2019 Exam Date KPM Online

Jadual peperiksaan SPM 2019 exam date yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kali ini kami akan kongsikan dengan dengan anda jadual terkini dan rasmi dari KPM. Info ini penting kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Jadual waktu peperiksaan SPM 2019 dalam format PDF ini boleh juga anda download online di sini.

Jadual peperiksaan SPM online dalam format PDF untuk pelajar

Baca juga: Cara Buat Semakan Keputusan SPM Online

Diharapkan dengan adanya jadual peperiksaan ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda menyusun strategi pembelajaran dan ulangkaji dengan lebih tersusun mengikut kesesuaian jadual peperiksaan anda.

Berdasarkan perkongsian pelajar tahun-tahun lepas, pelajar yang menyusun pembelajaran dan ulangkaji mereka berpandukan jadual peperiksaan ini mampu menduduki peperiksaan sebenar dengan lebih yakin dan kurang tekanan.

Pelajar yang menghadapi peperiksaan dengan yakin dan tidak tertekan cenderung dapat menjawap soalan-soalan peperiksaan dengan baik kerana fikiran mereka tidak terganggu seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang.

Ini kerana mereka telah membuat persedian yang rapi lama sebelum peperiksaan sebenar menjelang tiba.

Tarikh Peperiksaan SPM 2019

Tahun ini tarikh peperiksaan SPM telah ditetapkan dan jadual rasmi telah dikeluarkan. Sila download jadual peperiksaan dengan melayari link yang diberikan di bawah;

  • Download takwim Peperiksaan SPM 2019 Online

Daripada jadual tersebut, peperiksaan SPM pada tahun ini bermula dari bulan October hingga November. Sila teliti takwim peperiksaan SPM tahun ini untuk panduan anda.

Selepas download jadual itu anda boleh cetak (print) untuk simpanan anda. Sila pastikan anda membiasakan diri dengan peraturan-peraturan peperiksaan dan sediakan kelengkapan lebih awal.

Baca peraturan peperiksaan dengan teliti untuk mengelak kekeliruan pada hari peperiksaan kelak.

Untuk memudahkan anda jadual peperiksaan ini mengandungi maklumat seperti tarikh, waktu, kod kertas peperiksaan, nama kertas dan masa peperiksaan itu dijalankan.

Baca juga: Jadual peperiksaan UPSR dan PT3 2019 untuk makluman am anda.

Untuk tujuan latih tubi dan anda memerlukan soalan-soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas blog pendidikanmalaysia.com memiliki himpunan koleksi soalan-soalan yang mungkin bermanfaat kepada anda.

Peperiksaan SPM ini penting kerana ianya menentukan hala tuju pendidikan tinggi anda selepas itu dan juga laluan untuk mencapai cita-cita kerjaya masa depan anda. Tidak ada alasan untuk anda memandang rendah peperiksaan peringkat SPM ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga semua pelajar beroleh keputusan yang cemerlang nanti.