Kadar Bayaran Permohonan Gantian Hilang IC MyKad Terkini

Kadar bayaran permohonan gantian hilang IC (MyKad) terkini seperti mana yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai panduan anda. Mengikut peraturan/undang-undang seseorang yang kehilangan MyKad mestilah dengan segera memohon Kad Pengenalan (KP) gantian.

Tatacara memohon ialah pemohon kena buat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran dan selepas mendapat salinan laporan polis, anda bolehlah membawanya ke cawangan JPN yang terdekat dengan anda untuk memohon gantian MyKad. Kadar bayaran akan dikenakan bagi setiap kehilangan MyKad semasa anda membuat permohonan baru untuk mendapatkan MyKad yang baru. Gambar di bawah adalah kadar bayaran terkini hilang MyKad untuk rujukan anda.

kadar bayar kad pengenalan hilang

Semoga perkongsian mengenai kadar bayaran permohonan gantian hilang IC MyKad JPN terkini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.