Kadar Zakat Fitrah 2019 Setiap Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2019 mengikut negeri seluruh Malaysia. Kali ini kami kongsikan dengan anda kadar bayaran zakat fitrah untuk setiap negeri di seluruh Malaysia. Kadar zakat untuk setiap negeri seperti Perlis, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Melaka, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mungkin berbeza.

kadar bayaran zakat fitrah

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2019

Seperti yang kita sedia maklum, bayar zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib untuk menunaikan kewajiban ini setiap tahun.

Sebagai umat Islam kita digalakkan menunaikan zakat fitrah ini pada awal bulan ramadhan agar ianya dapat diagihkan kepada penerima yang layak pada penghujung bulan yang mulia ini.

Disini kami kongsikan kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh Malaysia sebagai panduan anda untuk tahun ini 1440H / 2019M.

NEGER1TAHUN 2018TAHUN 2019
SabahRM7.00RM7.00
SarawakRM7.00RM7.00
KelantanRM7.00RM7.00
TerengganuRM7.00RM7.00
PahangRM7.00RM7.00
JohorRM7.00RM7.00 / RM10.00
MelakaRM6.70RM7.00 / RM14.00
Negeri SembilanRM6.50RM7.00
SelangorRM7.00RM7.00
PerakRM7.00RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Pulau PinangRM7.00RM7.00
KedahRM7.00RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
PerlisRM7.00RM7.00
KL/Putrajaya/LabuanRM7.00RM7.00

BACA: Senarai Buffet Ramadhan Kuala Lumpur

Jenis-Jenis Zakat

Selain zakat fitrah ada berberapa jenis zakat yang lain. Sila semak senari zakat di bawah.

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Padi
  • Zakat Saham
  • Zakat Haiwan Ternakan
  • Zakat Emas
  • Zakat KWSP
  • Zakat Wang Simpanan

Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai zakat-zakat tersebut anda boleh membacanya melalui portal zakat.com.my

Untuk perkongsian kali ini kita tertumpu kepada zakat fitrah kerana ianya perlu dibayar sebelum 1 Aidilfitri.

Zakat fitrah adalah fardhu ain dan wajib kepada semua umat Islam lelaki dan wanita yang berkemampuan membayarnya.

Semoga perkongsian mengenai kadar zakat fitrah 2019 seluruh Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Jika anda perlukan maklumat lanjut sila berhubung dengan pejabat agama berhampiran dengan anda atau layari portal JAKIM untuk mendapatkan maklumat perhubungan pejabat agama di negeri anda

Info Berkaitan: