Kemaskini Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) RM200 Sebulan

Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2019 RM200 sebulan. Ibu-ibu warga Selangor rebutlah peluang ini dengan memohon sekarang jika anda belum tersenarai sebagai penerima bantuan KISS ini.

Permohonan boleh dibuat secara online, mudah dan pantas.

Program Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ini hampir sama dengan program bantuan yang sama iaitu Kad Perak Prihatin di Negeri Perak sekarang ini.

Dalam pembentangan badget 2018 Negeri Selangor, kerajaan negeri telah memperkenalkan skim bantuan Kasih Ibu Smart Selangor atau lebih dikenali sebagai KISS. Bantuan KISS ini masih diteruskan tahun ini kepada para ibu warga Selangor yang layak menerimanya.

Kemaskini Bantuan KISS 2019

Untuk makluman anda KISS akan dikemaskini untuk menyemak semula senarai penerima yang layak.

Proses kemaskini Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ini akan dibuat bermula 15 Jun hingga 15 Julai 2019.

Penerima yang layak kekal tersenarai, penerima atau ahli yang tidak lagi layak akan dikeluarkan dari senarai.

Sila ambil maklum bahawa kelayakan berdasarkan senarai nama dalam sistem eKasih dan BSh 2019.

Ahli KISS diwajibkan membuat kemaskini butiran masing-masing sebelum 15 Julai.

Kenyataan Akhbar:

Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk membekukan sementara pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk tempoh dua (2) minggu berkuatkuasa dari 16 Jun 2019 hingga 30 Jun 2019 bagi tujuan penyelarasan dan pengemaskinian data penerima.

Proses pengemaskinian ini adalah perlu bagi memastikan manfaat Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dapat dirasai oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Keutamaan bagi penerima yang baru adalah kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah yang akan dikenalpasti melalui proses semak silang dengan data pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) dan eKasih.

Kepada pemegang Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sedia ada yang masih belum mendaftarkan diri bagi program BSH mahupun eKasih, adalah dinasihatkan untuk segera berbuat demikian bagi membolehkan manfaat Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi tahun 2019 dapat terus dinikmati. Pendaftaran eKasih dan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh didapati di Pejabat-Pejabat Daerah atau secara online di laman web Bantuan Sara Hidup (https://bsh.hasil.gov.my)

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2019

Inisiatif kerajaan negeri ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan ibu di negeri Selangor yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Dengan pelaksanaan bantuan KISS ini, ibu yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan.

Dari maklum balas yang diperolehi, rata-rata responden berpendapat skim bantuan KISS ini lebih baik dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan.

Pemegang Kad KISS pula yang dianggarkan berjumlah 30,000 di Selangor layak mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung.

Cara Memohon Bantuan KISS Selangor

Inisiatif kerajaan Selangor memperkenalkan KISS ini selaras atau rentetan dari skim Inisiatif Peduli Rakyat Selangor yang mana skim ini akan diselangara dan dibiayaai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. Dianggarkan kerajaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM72 juta untuk skim KISS ini.

Permohonan bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) online

Untuk memohon Skim KISS ini anda boleh download borang permohonan secara online dari portal khas KISS yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor. Buat masa ini permohonan terus secara online belum ada dan akan diperkenalkan kemudian nanti.

Kepada yang layak dan berminat anda boleh download borang permohonan KISS di laman portal rasmi KISS di www.kiss.com.my atau download borang permohonan di SINI.

Kepada yang sukar mendownload borang tersebut anda mempunyai pilihan untuk mengambil terus borang permohonan KISS di lokasi-lokasi berikut:

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pusat Wanita Berdaya
  4. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

Semua borang yang telah siap dan lengkap diisi berserta dokumen-dokumen sokongan mestilah dihantar/diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri. Borang pendaftaran telah dibuka sejak 13 Desimber 2017 tahun lalu.

Syarat Kelayakan Memohon Bantuan KISS

Jika anda berminat untuk memohon, sila baca syarat kelayakan seperti yang di bawah:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Faedah Pemegang Kad KISS Selangor

Pemegang Kad KISS adalah layak untuk mendapatkan faedah-faedah seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Senarai Barangan Yang Diluluskan Untuk Penerima Bantuan KISS Selangor

Antara barangan keperluan asas yang diluluskan untuk bantuan KISS ialah:

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

Sila ambil perhatian bahawa hanya senarai barangan asas seperti mana yang tersenarai di atas boleh dibeli menggunakan kad KISS. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Sila semak panduan harga terkini untuk barang-barang yang tersenarai di atas di SINI

Maklumat Perhubungan KISS

Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut, atau kurang memahami cara-cara memohon, anda boleh berhubung dengan pihak KISS melalui telefon, Faks dan juga email. Sila gunakan maklumat di bawah untuk berhubung dengan pihak mereka.

No Telefon : 03.5525.6600 No Faks: 03.5525.6900 Emel : admin@selcare.my

Semoga perkongsian mengenai bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.