Kemaskini UPU Online Cara Dan Tarikh Untuk SPM & STPM

Kemaskini UPU secara online. Jika anda ada memohon kemasukan ke IPTA, sudah tentu perkara ini penting.

Anda perlu tahu cara kemaskini UPU online dan bila tarikh akhir untuk berbuat demikian. Ini sangat penting.

Jika anda terlepas pandang perkara ini, ianya mungkin akan menyebabkan permohonan anda akan terjejas.

Berita baiknya, ada panduan cara kemaskini UPU secara online yang disediakan oleh pihak UPU sendiri.

Cara Kemaskini UPU Online

Anda boleh tonton video Youtube di bawah untuk memberikan anda kefahaman yang lebih terperinci mengenai cara yang betul untuk membuat kemaskini permohonan anda di UPU.

Terdapat 5 langkah ringkas yang anda perlu ikut untuk kemaskini permohonan anda di portal UPU.

  1. Masuk ke portal UPU >> https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login.
  2. Selepas itu anda klik pada “Permohonan Kemasukan”.
  3. Login seperti biasa.
  4. Buatlah kemaskini yang diperlukan seperti maklumat anda (pemohon) dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai anda bolehlah klik pada butang “SAH” dan “Hantar”

Tarikh Kemaskini UPU

Anda mestilah mengemaskini permohonan anda dalam jangka masa tarikh yang ditetapkan. Jangan lambat kerana portal itu akan ditutup selepas tarikh tutup kemaskini.

Sentiasalah peka dengan maklumat terkini yang ada di portal UPU. Layari portal tersebut dari masa ke semasa, jangan malas.

Semoga sedikit informasi ini bermanfaat kepada anda. All the best!