Semakan Keputusan SPM Online Dan SMS

Semakan keputusan SPM dan permohonan UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA). Kali ini kami akan kongsikan info cara-cara buat semakan secara online dan SMS.

Semakan keputusan SPM secara online dan SMS

Jika dulu pelajar terpaksa pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan SPM pada hari ianya diumumkan, kini anda tidak perlu berbuat demikian lagi.

Anda boleh semak keputusan SPM secara online atau SMS bermula pukul 10.00 pagi pada hari ianya diumumkan/dikeluarkan.

Yang diperlukan ialah internet connection atau untuk aplikasi SMS perlu sedikit airtime dalam mobile phone anda.

Baca juga: Panduan permohonan UPU UA Online.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM ONLINE

Untuk membuat semakan secara online anda boleh guna mengikut kaedah berikut;

Mengikut pemerhatian kami, pelajar biasanya membuat semakan online keputusan SPM sebelum pergi mengambilnya di sekolah asal mereka.

Dengan menyemak keputusan anda sebelum pergi ke sekolah masing-masing diharapkan dapatlah mengurangkan tekanan dan debaran dalam diri anda.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM SECARA SMS

Selain secara online, jika anda tidak mempunyai internet connection, mungkin data tidak cukup atau anda berada di luar liputan internet yang kuat, anda boleh menggunakan sistem applikasi SMS.

Kaedah ini tidak memerlukan talian internet. Anda hanya perlu SMS nombor yang diberikan di bawah untuk buat semakan.

Semakan melalui SMS boleh dibuat menggunakan kaedah di bawah;

semakan keputusan SPM secara SMS

Anda akan mendapat maklum balas dengan pantas. Walau bagaimanapun menggunakan kaedah ini, keputusan yang dipaparkan tidaklah terperinci seperti mana maklumat yang ada dalam slip keputusan SPM anda.

Anda hanya perlu ikut kaedah seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi grafik di atas untuk membuat semakan keputusan SPM anda.

Semakan Keputusan SPM Calon Sekolah & Persendirian

Semakan keputusan penuh terbahagi kepada 2 kategori iaitu (a) Calon Sekolah dan (b) Calon Persendirian.

A. Calon Sekolah

Untuk calon sekolah, anda boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM anda melalui sekolah asal masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

B. Calon Persendirian

Untuk calon SPM Persendirian, anda akan dimaklumakan melalui POS atau anda boleh berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat di mana anda mendaftar untuk calon SPM persendirian.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.