Tips Cari Kereta Sewa Dan Memandu Di New Zealand

Tips cari kereta sewa dan memandu di New Zealand. Kali ini kami kongsikan tips yang penting ini sebagai panduan asas kepada pelancong atau pengembara dari Malaysia ke New Zealand. Pasti semua tahu bahawa negara tersebut amatlah cantik dan melawat banyak tempat dengan memandu sendiri pastinya akan mendatangkan kepuasan kepada anda.

tips cari sewaan kereta dan memandu di New Zealand

Bagi sesiapa yang datang melancong ke New Zealand di sini beberapa tips yang kami nak kongsikan untuk anda. Mudah-mudahan tips ini bolehlah membantu anda sedikit sebanyak dalam perancangan anda melawat negara kiwi ini.

Tips cari sewaan kereta di New Zealand ini dikongsikan oleh blogger yang juga pelancong tegar saudara Faizal Fredley dalam travelblog beliau FaizalFredley Solo Traveler. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

Cara Cari Kereta Sewa Dan Memandu Di New Zealand

Driving dekat New Zealand ni tak banyak beza pun dengan driving kat Australia dan dari segi harga kereta sewa pun lebih kurang je.

Kat NZ aku ambil service kereta sewa dari Apex company. Company ni kira ok lah dari company yang aku sewa last time masa di Australia. Tak banyak kerenah.

Kereta Sewa Dan Memandu Di New Zealand

  • Sewa kereta (Mazda 2) RM667 utk 4 hari (include wifi) – Apex company
  • Boleh ambil di airport ataupun kat city
  • Drive dari Christchurch ke Queenstown dalam 6 jam
  • Lesen boleh guna lesen memandu Malaysia yang baru tu.
  • Boleh daftar banyak nama sebagai driver. So boleh gilir-gilir
  • Masa amik kereta tu dia ada pakej insurance sekali. Let say jadi apa-apa kat kerete korang tak payah bayar. Tapi kalau korang yakin korang ni best driver boleh je tidak amik. Tapi nasihat aku better amik sebab we never know what going to happen right.
  • Sila beri laluan kepada pejalan kaki yg nak melintas terlebih dahulu
  • Drive belah kanan sama macam malaysia

Tips Memandu Mengikut Lokasi Dan Tempat Menarik

Jika anda memandu di New Zealand, setiap lokasi mungkin memerlukan cara pemanduan yang sedikit berlainan kerana budaya masyarakat setempat dan bentuk muka bumi. Di bawah dikongsikan tips-tips pemanduan mengikut tempat yang dilawati oleh penulis.

Christchurh

  • Driving di Christchurh lebih kurang dengan di Malaysia
  • Diorang drive slow and steady sebab most of local people di Christchurch ini terdiri dari golongan warga emas.
  • Tempat Menarik
    • Tekapo Lake
    • Mount John (ada cafe)
    • Pukaki Lake
    • Mount Cook (2 Jam dari Pukaki Lake)

Cromwell

  • Cromwell banyak view ladang buah
  • Dari Cromwell ke Quenstown jalan tepi gunung. Bahaya sikit. Be careful
  • View sepanjang perjalanan cantik gila. Tapi masa aku pergi dah musim autumn dah nak masuk winter so jam 5 ptg dah malam dah.

Queenstown & Te Anau

  • Dari Queenstown ke Te Anau banyak jalan tepi tasik. View cantik gak. (Drive dlm 3 jam). Dari Te anau ke Milford Sound view banyak ladang lembu. Pun cantik gak. Drive dalam 3 jam. Nak cari parking depan kedai susah kat Quenstown. Kalau ada pom ada limit 15, 30, 60 minit

Petrol

  • Harga petrol lebih kurang dengan malaysia. Dari Christchurh ke Quenstown dalam $60

Sewa Kereta Guna Cash Atau Kredit Kad

Ramai jugak kawan-kawan aku tanya kalau nak sewa kereta kat New Zealand ni kena guna cash atau kredit kad? Dan lesen memandu Malaysia boleh di guna pakai tak kat New Zealand.

Ok jawapan dia kalau nak sewa kereta biasanyaa diorang akan mintak payment melalui kredit/debit kad. Sebab jika berlaku sesuatu diorang senang untuk buat pemotongan. Sama juga kalau sewa kereta di Australia.

Lesen memandu Malaysia pula boleh di guna pakai di New Zealand & Australia. Tapi lesen tu kena lesen yang terbaru yang ada tulisan english tu. Kalau yang jenis lama tu tak boleh pakai kat sana.

Memandu kat New Zealand ni seronok tau tak macam Malaysia. Dari segi kualiti jalan raya tak payah dibandingkan lah memang jauh sangat berbezea. Walaupun negara diorang ni selalu dilanda gempa bumi tapi jalan dia elok. Tol pulak tak der kat New Zealand.

Semoga perkongsian mengenai tips cari kereta sewa dan memandu di New Zealand ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan tips ini kepada kawan-kawan yang tengah bercadang/merancang untuk melancong ke New Zealand dan ingin mencari kereta sewa di sana nanti.