Contoh Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 PT3

Panduan dan contoh kerja kursus Geografi Tingkatan 3 berserta jawapan.Sepatutnya kerja kursus Geografi Tingkatan 3 ini tidaklah sukar untuk dibuat kerana anda telah melakukan perkara yang sama iaitu kerja kursus Geografi Tingkatan 1 dan kerja kursus Geografi Tingkatan 2 sebelum ini. Dah ada pengalaman.

contoh kerja kursus Geografi Tingkatan 3

Di sini kami kongsikan contoh jawapan dan rujukan kerja kursus Geografi untuk panduan anda. Semoga ianya memudahkan proses pembelajaran anda nanti.

Struktur Kerja Kursus Geografi PT3

Untuk makluman anda tugasan Geografi PT3 terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian perancangan sebanyak 10 markah, proses awal 20 markah dan proses akhir iaitu 70 markah. Setiap bahagian ini penting kerana masing-masing diberika markah.

Anda diberikan peruntukan sekitar 3 minggu jangka masa untuk menyiapkan tugasan/kerja kursus Geografi PT3 ini.

Contoh Tajuk Tugasan Geografi Tingkatan 3 PT3

Tajuk kajian kes taburan guna tanah yang berasaskan kepada lukisan peta lakar atau peta topografi di kawasan pilihan anda. Anda perlu membuat tafsiran dan mentafsir draf peta lakar Tingkatan 3.
Butirannya boleh anda semak seperti di bawah ini :

  1. Contoh geografi Pt3 : Perancangan (10 markah)
    Perancangan yang terperinci, berasas dan juga jelas perlu disediakan oleh kalangan pelajar Tingkatan 3. Semestinya hasil kerja haruslah dengan sepenuh hati bagi mendapat jumlah markah yang maksimum.

    • Apa yang perlu anda lakukan di bahagian ini ialah :
      • Jadual kerja
      • Agihan kerja
      • Objektif kajian
      • Kaedah Kajian
  2. Contoh Geografi Pt3 : Proses Awal Geografi Pt3 (20 markah)
    Semestinya bahan kajian perlu disediakan untuk menyoalkan Tugasan geografi Pt3 dengan pelbagai kaedah kajian yang dipilih berserta sumber rujukan asli yang telah pun diperolehi bagi mendapatkan hasil kajian yang relevan.

    • Oleh itu, apa yang perlu lakukan adalah :
      • menyediakan borang soal selidik geografi pt3 kepada responden anda masing-masing sebagai sebahagian daripada rujukan pada ketika nada sedang menjadi kajian
      • Senarai sumber rujukan dan gambar perlu disertakan sekali
      • Menyediakan draf peta lakar dengan menggunapakai simbol dan petunjuk peta yang tepat
      • Senarai faktor mempengaruhi guna tanah, kesan guna tanah dan usaha serta cadangan menyelesaikan dan mengatasi kesan guna
  3. Contoh geografi pt3 : Proses Akhir (70 markah)
    Dengan peruntukkan markah yang banyak semestinya banyak intipati yang perlu anda masukkan antaranya ialah :

    • a) Menghuraikan latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian dengan tepat (5 markah)
    • b) Lukisan Peta lakar perlu mempunyai beberapa elemen penting termasuklah tajuk, Simbol peta topografi (simbol kedai, simbol hutan), petunjuk peta, arah mata angin, bingkai, mentafsir peta lakar bersama justifikasi dengan baik sekali
      • Draf dan lukisan peta lakar mestilah tepat dan lengkap (15 markah)
      • Kongsikan sebab disebalik pemilihan jenis guna tanah kawasan yang dilorekkan (4 markah)
    • c) Huraian faktor mempengaruhi guna tanah di kawasan berlorek di kawasan kajian tersebut (10 markah)
    • d) Huraian kesan kawasan berlorek di kawasan kajian guna tanah (10 markah)
    • e) Huraian cadangan, usaha dan langkah-langkah di kawasan berlorek di kawasan kajian taburan guna tanah (8 markah)
    • f) Pembentangan laporan dilakukan dengan baik sekali di mana disandarkan kepada fakta yang tepat (8 markah)
    • g) Tugasan dilakukan mengikut contoh geografi PT3 yang terbaik di mana mengikut susunan dan format yang dipaparkan secara kemas dan teratur (2 markah)

Untuk tips yang lengkap mengenai contoh kerja kursus Geografi Tingkatan 3 anda boleh rujuk blog MyPT3.

Semoga perkongsian mengenai contoh kerja kursus Geografi Tingkatan 3 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain.