Kos Rawatan IVF Hospital Kerajaan Untuk Pasangan Berkhawin

Kos rawatan IVF hospital kerajaan. Rasanya maklumat ini penting kepada pasangan yang mengalami kesukaran untuk mendapat cahaya mata pertama mereka. Janganlah putus asa kerana masih ada peluang dan kaedah yang boleh dilakukan. 

kos rawatan ivf di hospital kerajaan seluruh negara

Tahun lepas (2018) dilaporkan seramai 189 dari 976 wanita berjaya hamil menggunakan kaedah rawatan pensenyawaan In Vitro (IVF) di hospital kerajaan. Demikian menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Hospital-hospital kerajaan yang berkeupayaan menjalankan rawatan IVF di seluruh negara ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu.

Jika anda bercadang untuk mencuba mendapatkan rawatan IVF di hospital kerajaan, anda boleh berhubung dengan hospital kerajaan yang disebutkan tadi.

Apakah Rawatan IVF?

IVF bermaksud In Vitro Fertilization atau proses di mana telur disenyawakan di luar rahim wanita. Proses mensenyawakan telur itu dibuat di makmal. In Vitro adalah merujuk kepada bekas kaca yang digunakan dalam proses tersebut untuk tujuan mensenyawakan telur yang di ambil dari ovari dan sperma lelaki.

Proses ini sering juga disebut sebagai ‘Bayi Tabung Uji’

Proses berteknologi tinggi ini telah dilaporkan mencatat kejayaan pertama di dunia pada tahun 1978 dan telah di bawah masuk ke Malaysia dan berjaya membantu kelahiran ribuan bayi hingga kini.

Kos Rawatan IVF Hospital Kerajaan dan Swasta

Kos rawatan IVF di hospital kerajaan adalah di sekitar antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk setiap rawatan. Walau bagaimanapun pasangan terpaksa menunggu lama untuk sampai giliran kerana senarai yang panjang. Ini kerana ramai pasangan memilih hospital kerajaan kerana ianya jauh lebih murah berbanding hospital swasta kerana rawatan disubsidi/ditanggung oleh kerajaan.

Manakala, kos rawatan IVF di hospital swasta pula adalah disekitar RM18,000 hingga RM20,000 untuk setiap rawatan. Kerana kos yang agak tinggi, ini sering menghalang untuk pasangan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan IVF di hospital swasta.

KOS RAWATAN IVF HOSPITAL KERAJAAN
RM5,000 hingga RM10,000
KOS RAWATAN IVF HOSPITAL/KLINIK SWASTA
RM18,000 hingga RM20,000

Perlu diingat bahawa IVF tidak menjamin kehamilan. Ramai yang gagal pada percubaan pertama tidak mampu untuk mengulangi rawatan kerana kos yang tinggi.

Walau bagaimanapun kerajaan ada menyediakan bantuan kepada pasangan untuk meringankan beban mereka untuk menjalani rawatan kesuburan IVF. Sila rujuk keratan akhbar di bawah untuk maklumat lanjut, atau anda boleh berhubung dengan hospital yang disebut dalam berita tersebut untuk maklumat lebih terperinci.

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) – Seramai 189 dari 976 wanita berjaya hamil selepas menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) di hospital kerajaan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata mereka mendapatkan rawatan IVF di empat buah hospital pada 2018 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (262 orang); Hospital Kuala Lumpur (339 orang), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah (224 orang) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (151 orang).

Kos rawatan bagi satu kitaran IVF adalah sekitar RM4,500 ke RM5,000, tidak termasuk ubat-ubatan kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – bernama

Semoga perkongsian maklumat mengenai kos rawatan IVF hospital kerajaan ini bermanfaat kepada anda.