Lesen Motorsikal Percuma 2019 iDANA Terengganu

Permohonan lesen motorsikal percuma 2019 iDANA Terengganu. Yang belum dan berminat mendapatkan lesen motorsikal boleh mengambil peluang ini untuk dapatkan lesen motorsikal.

iDANA Terengganu merupakan skim bantuan kerajaan negeri untuk golongan berpendapatan rendah.

Selain bantuan lesen motor percuma iDANA juga menyediakan bantuan raya dan dana bakti remaja.

Tahun ini skim iDANA Terengganu akan memberi lesen motor percuma kepada yang berminat, terhad untuk 25,000 orang sahaja.

Jika anda ingin menyertai skim lesen motorsikal percuma ini bolehlah memohon secara online.

Program Lesen Motorsikal Percuma iDANA Terengganu 2019

Hanya pemohon yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan akan dipertimbangkan. Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah seperti di bawah.

  • Permohonan hanya boleh dibuat online / manual
  • Pemohon mestilah berumur 16 – 40 tahun untuk lesen B2 sahaja
  • Terbuka kepada bujang dan berkahwin
  • Terbuka untuk anak jati Terengganu / yang sudah bermastautin lebih 10 tahun di negeri tersebut
  • Berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
  • Pemohon hanya boleh mohon sekali sahaja
  • Yang masih bersekolah / belajar di IPT layak memohon namun perlu pengesahan tempat pengajian masing-masing
  • Latihan memandu mestilah di Institut Memandu di Terengganu sahaja
  • Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPJ / PDRM

Untuk membuat permohonan anda boleh melakukannya secara online di sini

Permohonan lesen motorsikal percuma iDANA Terengganu online

Permohonan juga boleh dibuat secara manual. Hanya perlu sediakan dokumen-dokumen seperti di bawah dan serahkan kepada MPKK.

  1. Kad Pengenalan (MyKAD)
  2. Slip Gaji / Pengesahan tempat belajar
  3. Jika tiada slip gaji, pemohon boleh mengemukakan Surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim
  4. Untuk pemohon OKU, mestilah menyertakan bersama salinan Kad OKU.

Semakan Status Permohonan Lesen Motor Percuma

Pemohon yang ingin mengetahui status permohonan mereka boleh membuat semakan melalui portal iDANA Terengganu.

Tahun ini sebanyak RM7 juta diperuntukan untuk program ini bagi membantu kira-kira 25,000 pemohon yang layak di Terengganu.

Semoga perkongsian info mengenai bantuan lesen motorsikal percuma iDANA Terengganu ini bermanfaat. Sila like dan share info ini.