Login SAPS Ibu Bapa (NKRA-KPM) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Login SAPS Ibubapa NKRA-KPM Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sekarang ini para ibubapa tidak perlu lagi datang ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan adanya sistem SAPS Semakan Ibu Bapa online. Para ibu bapa hanya perlu login SAPS ibubapa untuk memantau perkembangan akademik anak-anak mereka di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Sistem SAPs Ibu bapa ini terbuka sepanjang tahun 2019.

Dengan adanya sistem ini para ibubapa pelajar mudah untuk memantau perkembangan dan kemajuan anak-anak di sekolah sepanjang masa.

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Ibu bapa boleh melalui sistem SAPS semakan ibu bapa online dapat mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan juga Kedudukan Dala Darjah (KDD) untuk sekolah rendah dan Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) untuk pelajar sekolah menengah.

Untuk pengetahuan para ibubapa, sistem SAPS ini menyokong semua ujian peringkat sekolah termasuk juga ujian percubaan sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Walau bagaimanapun untuk keputusan peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM, para ibu bapa terpaksa datang sendiri ke sekolah anak masing-masing untuk mendapatkannya. Semakan juga boleh dibuat secara SMS seperti yang diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Login SAPS Semakan Ibubapa – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Jika anda ingin membuat semakan kedudukan atau semakan keputusan pelajaran peperiksaan anak-anak anda, layari portal rasmi SAPS Ibu Bapa melalui link di bawah.

Link: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

Anda akan dibawa ke paparan seperti gambar di bawah.

Login SAPS NKRA

Selepas itu bolehlah login seperti biasa dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan / Sijil Lahir Pelajar dan klik butang ‘Cari

Langkah seterusnya ialah pilih Negeri, Daerah dan Nama Sekolah.

Selepas itu klik butang ‘Semak

Paparan seterusnya akan menunjukkan rekod keputusan pelajar yang terkini seperti pencapaian gred, rekod kedudukan dalam kelas dan peratusan markah pelajar.

Sebagai rujukan anda di bawah adalah sistem gred pemarkahan sekolah untuk rujukan/panduan anda.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Anda digalakkan untuk membaca maklumat lanjut mengenai sistem SAPS Ibubapa online jika anda mempunyai masalah mengakses sistem SAPS NKRA ini.

Info Terkini SAPS Ibubapa Online

Di bawah adalah info kemaskini terkini SAPS ibubapa NKRA untuk makluman anda.

  • Pengisian markah Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2019 hanya bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tiada pengisian bagi Ujian 1, Ujian 2 dan Saringan LINUS Khas dalam SAPS.Pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan dibuka pada 17 Mei 2019 hingga 16 Jun 2019. Tertakluk kepada sebarang pindaan.Sekian, terima kasih.

Perlukan Bantuan Pengguna SAPS Ibubapa

Jika anda perlukan apa-apa bantuan hubungi mana-mana yang tersenarai di dalam jadual di bawah.

Semoga perkongsian info mengenai login SAPS ibu bapa semakan online ini dapat membantu anda memahami cara menggunakan sistem tersebut dengan mudah. Sebagai ibu bapa adalah tanggungjawab kita untuk sentiasa memantau perkembangan akademik anak-anak kita sepanjang masa.