MySalam Pendaftaran & Proses Tuntutan RM8,000 Skim Perlindungan B40

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) layak menuntut wang sehingga RM8,000 melalui Skim Perlindungan B40 mysalam. Ini berita baik untuk anda.

Skim perlindungan B40 ini adalah bantuan kerajaan dengan menyediakan perlindungan takaful percuma kepada kira-kira 3.69 juta penerima BSH serta pasangan mereka.

MySALAM Skim Perlindungan Nasional B40

mysalam proses tuntutan skim perlindungan nasional B40

Skim ini memberikan manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 maksimum 14 hari jika menjalani rawatan di hospital.

Selain itu jika penerima disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal, penerima boleh menuntut pembayaran sebanyak RM8,000 ke akaun penerima.

Skim perlindungan takaful mySalam ini telah mula berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad. Program ini disahkan patuh syariah.

Manakala proses tuntutan manfaat boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 melalui portal rasmi mysalam.com.my

Proses Tuntutan MySALAM Skim Perlindungan B40

Di bawah kami kongsikan proses/cara buat tuntutan mySalam untuk rujukan dan panduan anda.

  1. Layari website rasmi mysalam.com.my dengan menggunakan nombor MyKAD (Kad Pengenalan) dan kata laluan dihantar melalui SMS.
  2. Klik link “Download Form” dan download borang “Critical Illness – Doctor’s Statement Form”
  3. Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk dilengkapkan
  4. Login semula ke website mySALAM dan pilik menu Claims> Claims Submission > CI Claims
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan dan upload/muat naik dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  6. Klik “Submit” untuk hantar tuntutan

Jika tuntutan anda berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang telah didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup (BSH)

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Berikut adalah senarai 36 jenis penyakit kritikal.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa tuntutan ini hanya boleh dibuat oleh penerima/pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja. Skim mySALAM tidak menerima tuntutan yang menerima rawatan daripada hospital swasta.

Untuk senarai hospital di bawah skim ini sila layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Untuk maklumat lanjut mengenai mySALAM Skim Perlindungan Nasional B40 anda boleh hubungi careline mySALAM di talian 1-300-888-938 atau hantar email ke mysalam@greateasterntakaful.com

Sila tonton video info grafik mengenai mysalam Skim Perlindungan Nasional B40.

Semoga perkongsian mengenai mySalam pendaftaran dan proses tuntutan Skim Perlindungan B40 ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.