Etika Pakaian Pelajar Tingkatan Enam (6) Ke Sekolah

Etika pakaian pelajar Tingkatan Enam (6) ke sekolah. Tahukah anda bahawa para pelajar Tingkatan Enam (T6) dibenarkan memakai pakaian biasa atau kasual. Jika anda gemar memakai pakaian tradisional yang sesuai juga dibenarkan.

Kod pakaian Tingkatan 6
Photo: kerja-kerajaan.com

Kebenaran ini diumumkan selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penjenamaan semula pengajian Tingkatan 6 atau pra-universiti.

Etika pakaian untuk pelajar Tingkatan 6 ini diluluskan oleh KPM menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203.

Panduan Pakaian Pelajar Tingkatan 6

Walaupun pelajar Tingkatan 6 dibenarkan memakai pakaian biasa atau kasual ke sekolah, pelajar harus mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh KPM seperti yang dalam senarai di bawah.

Panduan Pakaian Pelajar Lelaki

  1. Dibenarkan pakai baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
  2. Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat
  3. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan
  4. Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter
  5. Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim
  6. Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking
  7. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  8. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

Panduan Pakaian Pelajar Perempuan

  1. Baju kurung atau pakaian tradisional
  2. Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut
  3. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan
  4. Pakaian ketat juga tidak dibenarkan
  5. Hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki
  6. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  7. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

Maklumat Lanjut Tentang Pakaian Pelajar Tingkatan 6

Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai kod etika pakaian untuk pelajar Tingkatan 6 sila layari link ini.

Anda juga boleh baca info mengenai semakan tawaran Tingkatan 6 jika anda belum membuat semakan online dan juga peluang biasiswa untuk pelajar Malaysia.

Semoga perkongsian info mengenai etika pakaian pelajar tingkatan 6 ini bermanfaat. Sila like dan share info ini.