Panduan Lengkap Cara Daftar MUET Online (Pendaftaran/Semakan Keputusan Peperiksaan MUET Online)

Cara daftar MUET online 2019. Panduan pendaftaran dan semakan keputusan peperiksaan MUET secara online. Adakah anda bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama? Jika YA! ini bermaksud anda perlu menduduki peperiksaan Malaysian University English Test atau lebih dikenali sebagai MUET. Peperiksaan MUET adalah wajib kepada pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah pertama di universiti tempatan.

Latar Belakang Peperiksaan MUET

Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pelajar yang ingin memohon masuk program Medicine perlu mendapat Band 5, program undang-undang (Law) di UITM and UM perlu Band 4.

Panduan pendaftaran MUET online dan MUET Band Descriptions

Sila rujuk  MUET Band Decsriptions di atas sebagai panduan anda. Anda juga boleh download dokumen ini di >>> Penerangan Band MUET

Ujian ini diadakan 3 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup.

Antara sebab utama mengapa kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan MUET adalah untuk memastikan pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi tempatan mempunya tahap kebolehan Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka mengikuti pengajian dengan lebih baik dan mudah. Kebanyakan penyampaian pembelajaran dan bahan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris yang memerlukan pelajar universiti perlu memahirkan diri dengan Bahasa Inggeris.

Apakah Syarat Kelayakan MUET?

Sebenarnya tiada apa-apa syarat kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti peperiksaan MUET. Tiada apa-apa syarat dikenakan. Kelayakan yang diperlukan adalah kemahuan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti tempatan di Malaysia.

Siapa Yang Perlu Mendaftar Peperiksaan MUET?

Sebelum anda teruskan membaca panduan cara daftar MUET online soalan ini penting untuk dijawap. Siapa yang harus mendaftar untuk peperiksaan MUET? Jika anda berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma dan memiliki rancangan untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah pertama maka anda wajib mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET. Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

Jadual Peperiksaan MUET 2019

Sebelum anda membuat pendaftaran online MUET anda digalakkan untuk menyemak kalendar peperiksaan MUET tersebut. Ini untuk memudahkan anda membuat perancangan dan memilih masa yang sesuai untuk menduduki peperiksaan MUET. Maklumat-maklumat ini adalah amat penting untuk anda.

Di bawah adalah kalender peperiksaan MUET untuk rujukan anda.

Anda boleh pilih tarikh anda hendak menduduki peperiksaan MUET dari kalendar di atas.

Cara Pendaftaran MUET Online

Cara daftar MUET online. Di bawah adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran MUET online sebagai panduan anda. Inya tidaklah sukar. Anda hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dalam permohonan online MUET.

Langkah 1

Layari laman website rasmi Maljis Peperiksaan Malaysia (MPM) di >>> http://mpm.edu.my

Langkah 2

Selepas anda sudah berada di laman webrasmi MPM anda boleh membuat semakan/pilih tarikh untuk anda menduduki peperiksaan MUET. Sila rujuk jadual/kalendar peperisaan MUET di atas untuk melihat tarikh-tarikh penting berkenaan pendaftaran dan peperiksaan MUET.

Semua maklumat tarikh buka/tutup pendaftaran ni boleh rujuk di laman web rasmi MPM http://www.mpm.edu.my (rujuk dalam Jadual Peperiksaan seperti sampel di atas)

Langkah 3

Calon dikehendaki membeli Pin No MUET di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat. Semasa di BSN nanti ambil borang “Deposit/Bayaran/Tuntutan”. Isi NAMA & NO.KP sahaja. Bayaran yang perlu dibuat ialah RM101 termasuk GST. Biasanya anda tidak perlu ambil nombor boleh terus ke Kaunter Express BSN.

Selepasa anda membeli NO Pin MUET anda balik rumah dan buka komputer/laptop, sambung internet dan mulakan pendaftaran online.

Langkah 4

Setelah sampai di rumah, anda buka laptop/komputer dan buka laman website rasmi MPM untuk mendaftar MUET secara online. Sila rujuk gambar-gambar di bawah untuk membantu anda.

Semasa di lama ini anda boleh klik ‘Calon Persendirian‘ dan isikan maklumat yang diperlukan di dalam ruangan yang telah disediakan.

Klik DAFTAR PENGGUNA dan anda akan dibawa ke ruangan borang mengisi butir-butir peribadi pemohon atau calon.
Selepas akaun pengguna anda sudah didaftarkan anda sekarang boleh menggunakannya untuk LOG MASUK di ruangan pendaftaran. Sila ambil masa membaca ruangan ‘PENGUMUMAN‘ untuk maklumat lanjut.
Selepas itu klik  button ‘Peperiksaan‘ dan anda akan dibawa ke halaman yang berikutnya untuk membuat pendaftaran MUET online anda.

Di bahagian ini klik ‘Pendaftaran Calon Persendirian‘. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan setelah selesai anda boleh hantar permohonan anda secara online.

Memang agak senang atau mudah. Anda hanya perlu bertenang, jangan tergesa-gesa dan sentiasa berhati-hati semasa mengisi borang pendaftaran online MUET.

Cara Menghubungi MUET

Jika anda mempunyai persoalan atau perlukan maklumat lanjut dan terperinci anda boleh berhubung secara langsung dengan pihak MPM menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-61261600
FAKS: 03-61361488
E-MAIL: ppa@mpm.edu.my

Soalan Lazim MUET Yang Sering Ditanya

Proses permohonan atau cara daftar MUET online di atas telah kami terangkan secara terperinci. Walau bagaimana pun biasanya masih ada persoalan-persoalan yang sering ditanya oleh pengguna mengenai peperiksaan dan pendaftaran MUET.

Berikut ialah soalan-soalan lazim (FAQ) yang sering ditanya pengguna atau pelajar.

1. Siapakah yang perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?
Jawapan: Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

2. Berapa kalikah MUET dijalankan dalam setahun?
Jawapan: Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.

3. Apakah syarat kelayakan untuk menduduki MUET?
Jawapan: Tiada apa-apa syarat dikenakan.

4. Ada berapa kertas dalam MUET?
Jawapan: Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

5. Berapakah bayaran yuran MUET?
Jawapan: Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00

6. Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran MUET?
Jawapan: Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.

7. Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya? 
Jawapan: Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?
Jawapan: Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

9. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?
Jawapan: Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula.

10. Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?
Jawapan: Ya. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

11. Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?
Jawapan: Boleh, dengan syarat membuat surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.

12. Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?
Jawapan: Tidak boleh.

13. Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?
Jawapan: Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:
i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)
Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

14. Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?
Jawapan: Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.

15. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?
Jawapan: Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

16. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?
Jawapan: Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.

17. Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?
Jawapan: Ya.
i. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
ii. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

18. Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?
Jawapan: Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.

19. Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?
Jawapan: Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

20. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?
Jawapan: Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

21. Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Jawapan: Boleh. Borang permohonan rayuan semak semula keputusan MUET boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan diumumkan.

22. Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Jawapan: Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

23. Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?
Jawapan: Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.

24. Berapa lamakah tempoh permohonan untuk mendapatkan salinan penyata keputusan MUET?
Jawapan: Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.

25. Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?
Jawapan: Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.

26. Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?
Jawapan: MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan. Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.

Download Aplikasi MUET Ke Smartphone Anda

Tahukah anda bahawa MUET ada membangunkan perisian Aplikasi MUET yang anda boleh download dan install di smartphone anda?  Applikasi MUET ini anda boleh dapatkan/download dari Google Play dan install terus ke smartphone anda. Ini untuk memudahkan anda membuat semakan keputusan MUET online

Download MUET dari google play terus ke smartphone anda

Perisian ini dibangunkan oleh MPM untuk lebih memudahkan lagi pengguna untuk urusan-urusan MUET.

Diharapkan perkongsian mengenai cara daftar MUET online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang mungkin bercadang mengambil peperiksaan MUET tahun ini.