Sistem Permohonan UPU Online 2019 Kemasukan IPTA/ Politeknik

Sistem permohonan UPU online 2019 kemasukan UA, IPTA dan Politeknik. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar ke IPTA atau lebih dikenali dengan nama UPU adalah satu badan yang mengurus dan menyelia penempatan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pelajar lepasan SPM dan STPM menggunakan portal khas yang disediakan oleh pihak UPU untuk membuat permohonan ke IPTA secara online. Adalah penting untuk anda menyelesaikan urusan permohonan UPU sebelum giat mencari peluang biasiswa untuk menyambung pengajian anda.

Disebabkan terlalu banyak pertanyaan yang kami terima mengenai panduan dan cara menggunakan sistem permohonan UPU online, kami mengambil keputusan untuk menulis artikel ini sebagai panduan anda. Sila ambil maklum bahawa sistem permohonan online UPU sentiasa berubah dari masa ke semasa atas sebab usaha penambah baikan sistem mereka, oleh itu artikel ini tidak boleh dijadikan satu-satunya sumber yang anda boleh bergantung sepenuhnya.

Walau bagaimanapun untuk artikel ini kami telah cuba memastikan bahawa maklumat yang ada selengkap yang boleh. Melalui artikel ini anda akan mempelajari perkara-perkara berikut selepas selesai membacanya.

Senarai Topik:

  • Apakah Fungsi Utama UPU
  • Syarat Permohonan UPU Online
  • Panduan Pembelian PIN No UPU Di BSN 
  • Cara Memohon UPU Secara Online
  • Cara Membuat Semakan Status / Keputusan Permohonan UPU
  • Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Permohonan UPU Online 
  • Cara Menghubungi Pihak UPU

Fungsi Utama UPU

UPU telah menyediakan portal khas untuk memudahkan para pelajar lepasan SPM dan STPM membuat permohonan melanjutkan pengajian ke IPTA secara online. Laman web UPU merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institut pengajian tinggi awam.

Setiap pelajar yang ingin memasuki universiti seperti senarai berikut wajib memohon melalui laman web upu.

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik Premier
  • Politeknik Konvensional
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Syarat Permohonan UPU Online

Syarat Am dan panduan permohonan UPU Online untuk rujukan anda. Setiap pelajar yang akan memohon perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

a. Program Lepasan SPM/ Setaraf
b. Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia dan
ii. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:
•    Semua program pengajian di UiTM;
•    Asasi UIAM;
•    Asasi Sains UM;
•    Asasi UNIMAS;
•    Asasi UMS; dan
•    Asasi UniSZA

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

•    Asasi Pengajian Islam UM;
•    Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
•    Tahmidi USIM;
•    Asasi UKM, UUM; dan
•    Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Program Lepasan STPM/ Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

a. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
b. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan Am Permohonan UPU Online

A. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

•    Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

•    Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

•    Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

iv. MATRIKULASI / ASASI

•    Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Panduan Dan Tarikh Pembelian No PIN UPU

Berikut adalah panduan untuk pelajar membeli No PIN UPU. Nombor Unik ID untuk permohonan UPU boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)

Sila layari link di sini untuk senarai jenis PIN dan harganya.

Berikut adalah Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA

A. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.

* Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.
Nombor pin unik ID UPU di BSN bagi permohonan sesi akademik 2019 adalah berharga RM15.64 dan boleh dibeli bermula pada tarikh sistem aplikasi permohonan UPU online dibuka secara rasmi.

gambar contoh pin upu yang dibeli dari BSN

Sila layari link ini untuk mengetahui tarikh No PIN UPU boleh di beli >>> Tarikh Pembelian PIN No UPU.

B. ATM ( Automated Teller Machine )

•    Masukkan Kad  dan No Pin Kad ATM anda
•    Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
•    Klik Jenis Permohonan – ‘IPTA’
•    Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
•    Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
•    ‘YA’untuk meneruskan urusan
•    Semak Maklumat
•    Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
•    Resit Dicetak.

*Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

C. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Berikut langkah atau cara untuk mendaftar di ATM atau CDM :

•    Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
•    Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
•    Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
•    Masukkan No. Telefon Bimbit
•    Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
•    SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.
SMS KE 36898  DENGAN MENAIP  PINM-PINORGKP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
*M-PIN ADALAH NO PIN KAD MATRIX BSN

Panduan Dan Borang Permohonan UPU Online

Untuk membuat permohonan ke IPTA melalui UPU online anda boleh masuk terus ke portal yang telah disediakan oleh pihak UPU.

Pelajar wajib untuk mengisi borang permohonan secara lengkap melalui online. Layari >>>
https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline/

Jika anda was-was atau tidak tahu cara mengisi maklumat permohonan di portal UPU online sila download panduan permohonan online UPU di bawah:

A. Manual Pengguna UPU Online Untuk Lepasan SPM
B. Manual Pengguna UPU Online Untuk Lepasan STPM
C. Manual Pengguna UPU Online Untuk Kursus TVET

Semakan Keputusan UPU Online
Jika anda telah membuat permohonan UPU anda boleh juga membuat kemaskini dan  semakan status / keputusan upu online.

Selepas memohon upu, pelajar hendaklah menyemak status permohonan mereke melalui online.
semakan dijangka boleh dibuat mulai 21 mei 2018 hingga 27 mei 2018.

Soalan Lazim (FAQ) UPU

Sebagai panduan untuk pelajar yang akan memohon upu, disini saya selitkan beberapa soalan yang sering pelajar kemukakan dan saya harap kandungan dibawa boleh membantu pelajar.

Soalan: Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?

Jawapan: Dalam e-Panduan, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info

Soalan: Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?

Jawapan: Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.

Soalan: Saya merupakan calon STPM dan berminat memohon ke USM dan UM. Adakah saya mohon terus kepada USM dan UM atau memohon melalui UPUOnline?

Jawapan: Mulai Sesi Akademik 2017/2018, anda perlu memohon melalui UPUOnline jika berminat untuk mengikuti program pengajian di USM dan UM.

Soalan: Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

Jawapan: Ya, anda masih boleh kemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3. BPKP JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.

Soalan: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?

Jawapan: Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 3 kaedah berikut:
a) Internet : • http://upu.mohe.gov.myhttp://jpt.uum.edu.myhttp://jpt.ums.edu.my
b) SMS Taip UPURESULTNO KP ; ATAU SMS Taip TVETRESULTNOKP dan hantar ke 15888
c) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200

Permohonan UPUSkills

Permohonan UPUSKills adalah permohonan untuk kemasukan Pelajar Ke Politeknik Konvensional Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Untuk Menyambung Tahap Bagi Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO).

Untuk memohon layari UPUSkills Online

Antara institusi yang terlibat ialah IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, CIAST, Politeknik Konvensional dan BLKP

Cara Menghubungi UPU

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan pelajar boleh terus menghubungi alamt dan hotline dibawa :

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864
Emel : upu@mohe.gov.my

Semoga perkongsian mengenai panduan dan borang permohonan online UPU ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk menjadi panduan dan rujukan mereka nanti.