Panduan Permohonan Kemasukan Ke UiTM Online

Panduan permohonan kemasukan ke UiTM online. Universiti Teknologi Mara atau lebih popular dikenali sebagai UiTM adalah salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terbesar di Malaysia. Ini kerana kampus UiTM ada di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Bidang pengajian yang ditawarkan di UiTM juga amat banyak meliputi hampir semua segi ilmu pengetahuan dan aliran, sekaligus menjadikan UiTM menjadi IPTA yang terulung di Malaysia dengan jumlah pelajar yang amat ramai.

Panduan permohonan kemasukan ke UiTM online untuk pelajar

Tidak menghairankan jika UiTM selain dari mendapat pelajar yang memohon dari UPU, UiTM juga membuka pendaftaran sendiri melalui portal permohonan online yang disediakan oleh pihak universiti.

Pelajar yang berminat boleh mendaftar terus secara online melalui portal yang telah disediakan oleh pihak UiTM.

Permohonan Kemasukan Ke UiTM

Pada asalnya UiTM bermula hanya sebagai Dewan Latihan RIDA yang akhirnya dinaiktaraf sehingga menjadi sebuah universiti awam yang terbesar di Malaysia. Di bawah adalah sedikit mengenai sejarah penubuhan UiTM.

Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Pada awalnya Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 bertujuan membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latihan ini merupakan inspirasi Dato’ Onn bin Ja’afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama selepas itu, pada bulan Jun 1965, Dewan Latihan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Wiki

“UiTM sentiasa menjadi pilihan ibu bapa serta anak-anak untuk meneruskan kelangsungan pendidikan bangsa kita. Pada saya, ini merupakan satu rahmat yang dianugerahkan Allah untuk kita sentiasa berusaha mencemerlangkan pendidikan anak-anak kita. -Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said”

Untuk memudahkan urusan pengambilan pelajar, UiTM telah menubuhkan bahagian pengambilan pelajar dengan portal khas dibangunkan untuk memudahkan pelajar yang layak dan berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke UiTM secara online.

Bahagian ini berfungsi untuk menguruskan proses pengambilan pelajar yang telus secara bersistematik selaras dengan dasar yang menjamin kecemerlangan UiTM.

Objektif penubuhan Bahagian Pengambilan Pelajar ialah seperti berikut :

  1. Menyelaras iklan pengambilan pelajar baru UiTM mengikut jadual dan prosedur yang telah ditetapkan berdasarkan kalendar Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA).
  2. Mengurus proses permohonan kemasukan pelajar baru UiTM.
  3. Mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya secara online.
  4. Menguruskan pendaftaran pelajar baru di kampus Shah Alam berpandukan kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Syarat Kelayakan Memohon Ke UiTM

Pelajar yang berminat dan berhasrat untuk memohon menyambung pengajian mereka ke UiTM boleh memohon jika anda menepati syarat kelayakan masuk ke UiTM. Ada 2 syarat iaitu (a) Syarat Am Kelayakan dan (b) Syarat kelayakan khusus -mengikut kursus/program/bidang yang ingin diambil.
Syarat am kelayakan kemasukan ke UiTM adalah seperti berikut:

Pelajar Lepasan SPM/setaraf

a. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Pelajar Lepasan STPM

a. Lulus SPM / setaraf dengan baik
b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Pelajar Lepasan Matrikulasi

a. Lulus SPM / setaraf dengan baik.
b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
c. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Pelajar Lepasan diploma

a. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
c. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Syarat-syarat Khusus Kelayakan Ke UiTM

Selain dari syarat-syarat am di atas, pelajar juga perlulah meneliti dan membuat semakan terperinci sama ada mereke menepati syarat kelayakan khas untuk kursus/bidang yang ingin di pohon atau sebaliknya.

Pihak UiTM ada menyediakan laman portal untuk memudahkan pemohon membuat semakan kelayakan khusus mengikut bidang dengan mudah dan pantas sebelum mengemukakan permohonan online ke UiTM.

Pemohon boleh membuat semakan Syarat Kelayakan di sini >>> https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2018

Pastikan anda menepati syarat kelayakan khusus sebelum mengemukan permohonan anda.

Panduan Asas Membuat Permohonan

Selepas anda menentukan kursus atau bidang yang anda minat dan ingin pilih, anda boleh mula membuat permohonan online. Walau bagaimanapun portal permohonan kemasukan ke UiTM online tidak dibuka sepanjang masa. Hanya akan dibuka/diaktifkan bila ada pengambilan pelajar baru dibuka untuk permohonan.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda buat untuk membuat permohonan secara online.

1. Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]. Anda boleh membelinya di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada portal Borang Permohonan online UiTM
3. Sila kenalpasti Kategori Anda. Senarai kategori adalah seperti berikut:

a. Pra Diploma
b. Diploma / Asasi
c. Sarjana Muda
d. Profesional
e. Penerapan
f. Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK)

4. Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]

Untuk permohonan online kemasukan ke UiTM sila layari >>>  https://pengambilan.uitm.edu.my

Proses Mengisi Borang Permohonan Online UiTM

1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Tindakan Selepas Membuat Permohonan

Selepas mengemukakan permohonan anda, sila semak semula tiga (3) perkara yang tersenari di bawah untuk mengelakkan berlaku kesilapan kepada permohonan anda.
1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Semakan Keputusan Permohonan / Surat Tawaran Kemasukan Ke UiTM

Laman ini menawarkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan tawaran kemasukan ke UiTM. Di sini anda dapat menyemak status permohonan anda untuk mengikuti program-program yang di tawarkan oleh UiTM.
Portal Semakan Keputusan Permohonan  >>> https://online.uitm.edu.my/keputusan.cfm

Mengapa Anda Memilih UiTM. Kelebihan / Kebaikan Sambung Pengajian Ke UiTM

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah kelebihan dan kebaikan sambung pengajian ke UiTM. Mengapa kebanyakan pelajar bumiputera  memilih UiTM sebagai destinasi pilihan pertama untuk sambung pengajian mereka ke peringkat ijazah pertama?
Sebenarnya memang banyak kelebihan UiTM. Setakat yang sempat kami himpunkan sekurang-kurangnya 7 kelebihan ketara / utama mengapa UiTM menjadi pilihan pertama kebanyakan pelajar di Malaysia.

1. Pelbagai Jurusan / bidang pengajian yang menarik.

Seperti yang telah diterangkan sejak awal tadi bahawa UiTM adalah universiti awam yang terbesar di Malaysia. Hampir semua jenis bidang pengajian dan kemahiran ada ditawarkan di UiTM. Anda sebut apa sahaja bidang semuanya ada ditawarkan. Ini menjadikan UiTM adalah satu-satunya universiti yang memiliki pelajar paling ramai.

2. Yuran Pembelajaran/Pengajian yang murah.

Untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, satu-satunya aspek utama yang menjadi pertimbangan pelajar dan ibubapa ialah jumlah yuran pengajian yang perlu dibayar. UiTM merupakan universiti yang menawarkan yuran pengajian yang paling muran iaitu dari RM500 – RM600 sahaja setiap semester. Jumlah ini tentu sekali kos yang mampu dibayar.

3. Mempunyai Banyak Cawangan Di Seluruh Negara

UiTM adalah IPTA yang memiliki  kampus cawangan di setiap negeri di seluruh negara. Pelajar boleh memilih kursus di kampus cawangan UiTM yang terdekat dengan anda. Oleh itu ianya dapat menjimatkan yang terpaksa ditanggung oleh pelajar. Pelajar juga berpeluang sentiasa balik kampung atau berdekatan dengan keluarga

4. Senang dapat kerja.

Mengikut statistik dan perkongsian bekas pelajar UiTM, graduan keluaran UiTM amat mudah untuk mendapatkan kerja. Ini mungkin kerana kursus yang ditawarkan di UiTM memenuhi dan menepati permintaan pasaran kerja dan juga kerana graduan UiTM boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

5. Khas untuk bumiputera sahaja/bantuan penuh kerajaan.

Prinsip awal penubuhan UiTM sehingga hari ini ialah untuk membantu bumiputera meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran dan pendidikan. Pelajar yang layak untuk memohon kemasukan ke UiTM dikhaskan untuk pelajar bumiputera sahaja buat masa ini.

6. Pensyarah yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi.

Salah satu kelebihan di UiTM ialah golongan tenaga pengajar atau pensyarahnya adalah yang berpengalaman dalam industri masing-masing, berpengalaman dan berpendidikan tinggi. Pensyarah-pensyarah di UiTM adalah yang berpendidikan sekurang-kurangnya memiliki Ph.D.

7. Medium Perantaraan Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris adalah ‘medium of instructions’ yang digunakan di UiTM kecuali subjek Bahasa Melayu dan Agama Islam. Ini telah berjaya meningkatkan presentasi pelajar/graduan UiTM dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Anda mungkin tahu bahawa kebolehan menguasai Bahasa Inggeris adalah kelebihan utama untuk bersaing mendapatkan kerja dalam era globalisasi ini.

Selain itu tahukah anda, subjek yang anda pelajari di UiTM senang untuk mendapatkan pemindahan kredit (credit transfer) jika ingin sambung belajar di luar negara. Ini kerana kursus-kursus yang ada di UiTM adalah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sila rujuk perkongsian dari jobkartel.com mengenai maklumat ini.

Keburukan / Kelemahan Sambung Pengajian Di UiTM

Tentu sekali semua IPTA/IPTS tidak lari dari sedikit kelemahan. Tiada ada satu IPTA/S yang tidak mempunyai kelemahan. Ini kerana mengendalikan pusat pengajian dengan jumlah pelajar yang ramai adalah rumit dan mencabar.
Pelajar mempunyai sikap, kelakuan, permintaan, keperluan dan ekspektasi yang berbeza-beza. Ini tidak mungkin dapat dipenuhi secara tuntas keseluruhannya. Apa yang penting ialah pelajar itu sendiri kena belajar menerima cabaran dan menyesuaikan diri mengikut situasi dan keperluan semasa. Begitu juga selepas tamat pengajian, keperluan untuk menyesuaikan diri tentunya lebih tinggi lagi.

1. Elaun hanya diberi selama tempoh tetap pegajian iaitu 2 tahun (research) dan 1 setengah tahun (coursework).

Kepada calon2 yg tidak sempat menghabiskan pengajian dlm tempoh tersebut tidak lagi ditanggung yuran dan elaun. Masalah ini biasanya dihadapi oleh calon by research kerana tempoh pengajian untuk research tidak tetap iaitu 2-3 tahun.

2. Pampasan dikenakan kepada calon yg melanggar kontrak perjanjian utk menjadi lecturer UiTM selama 7 tahun.

Calon dikehendaki membayar gantirugi sebanyak rm 100 000.

3. Tidak dibenarkan bekerja.

Dalam tempoh pengajian, calon tidak dibenarkan bekerja dan kepada calon yg sudah bekerja harus meletak jawatan.

4. Duit elaun pelajar.

Elaun diberi untuk tiap-tiap bulan tetapi duit elaun hanya dimasukkan tiap-tiap 3 bulan sekali.

Senarai keburukan dan kelemahan sambung pengajian ke UiTM di atas di kongsikan oleh blogger payohweh.wordpress.com. Melihat kepada senarai tersebut kita mendapati bahawa isunya berkisar kepada isu pembayaran elaun pelajar.

Cara Menghubungi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

Pertanyaan Mengenai Permohonan (proses pengambilan/syarat program/keputusan kemasukan) anda boleh menghubungi bahagian pengambilan pelajar UiTM menggunakan maklumat perhubungan di bawah:
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Faks: (+603) 5544 3170 / 5543 8534
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my


Bahagian Teknikal

Masalah pengisian borang permohonan online dan no.slip BSN :

Helpdesk
Pejabat Teknologi Maklumat
Tingkat 6 Menara SAAS
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603) 5544 2203
Emel: uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my

Soalan Lazim (FAQ) UiTM

Selepas semua penjelasa terperinci mengenai panduan permohonan online kemasukan ke UiTM untuk maklumat tambahan di bawah adalah soalan-soalan lazim yang sering ditanya. Ambil masa anda membaca untuk menambah pemahaman anda mengenai pendaftaran ke UiTM.

Soalan 1: Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM?
Jawapan 1: TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan BUMIPUTERA sahaja.

Soalan 2: Berapa kalikah pengambilan pelajar di UiTM dibuat setahun?
Jawapan 2: 2 kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan. Sila klik di sini untuk melihat jadual pengambilan.

Soalan 3: Bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UiTM?
Jawapan 3: Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan seperti di JADUAL 1 di atas.

Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan.

Soalan 4: Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UiTM?
Jawapan 4: Ya. Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan ke UiTM. HANYA bagi Peringkat Pengajian berikut:

Soalan 5: Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke UiTM?
Jawapan 5: TIDAK DIBENARKAN.

Soalan 6. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh UiTM?
Jawapan 6: TIDAK DIBENARKAN.

Soalan 7: Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran UiTM?
Jawapan 7: TIDAK DIBENARKAN.

Soalan 8: Apakah yang perlu saya buat jika saya/ ibu/ bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Jawapan 8: Anda boleh mendapatkan semula sijil lahir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

Soalan 9: Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke UiTM bagi Sesi Akademik 2012/2013?
Jawapan 9: Bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan telah mengambil MUET dan mencapai :

Soalan 10: Bagaimanakah saya boleh menyemak status keputusan permohonan kemasukan ke UiTM?
Jawapan 10: Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke UiTM melalui http://online.uitm.edu.my

Soalan 11: Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Jawapan 11: Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program.

Soalan 12: Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi?
Jawapan 12: Anda boleh menyemak syarat kelayakan melalui http://www.selangkah.uitm.edu.my/ atau membaca syarat kemasukan melalui http://online.uitm.edu.my

Soalan 13: Bagaimana untuk saya mendapatkan surat tawaran dari UiTM?
Jawapan 13: Anda boleh mendapat surat tawaran melalui http://online.uitm.edu.my.

Soalan 14: Apakah jenis pelayar yang sesuai untuk mengisi borang permohonan atas talian melalui http://online.uitm.edu.my.?
Jawapan 14: Sila gunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas SAHAJA untuk menghantar permohonan atas talian.

Soalan 15: Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
Jawapan 15: Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda tidak menepati syarat Am Universiti dan juga Syarat Khas Program serta membuat pemalsuan data semasa mengisi borang permohonan.

Soalan 16: Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke UiTM?
Jawapan 16: Anda boleh merujuk ke bahagian berikut:

1. Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar Aras 3,
Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel : 603-5544 3542
Faks : 603-5544 3517

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2098 3731/3732
Fax : 03-2098 3769

Soalan 17: Saya telah membeli No Slip BSN, tetapi terdapat paparan ‘Maaf, No Pin Yang Dibeli Tidak Sah”
Jawapan 17: Pastikan anda telah mempunyai [ No Slip BSN ] di bawah kategori yang betul.

Soalan 18: Saya telah tersalah membeli Nombor Unik ID atau No. slip UiTM, bolehkah saya membuat pertukaran nombor yang baru?
Jawapan 18: Hanya calon yang tersalah membeli Nombor Unik ID atau No. slip UiTM di kaunter BSN pada hari yang sama sahaja  yang boleh membuat pertukaran nombor yang baru.

Soalan 19: Bilakah keputusan permohonan akan diumumkan?
Jawapan 19: Sila rujuk http://online.uitm.edu.my dari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar.
Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-55443164/3165/3166/3174/3175

Soalan 20: Kenapa program yang saya hendak mohon tiada dalam borang?
Jawapan 20: Sila semak Senarai Program sebelum membuat permohonan.

Semoga perkongsian mengenai panduan permohonan online kemasukan ke UiTM ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk membantu mereka. Semoga berjaya!