Panduan Permohonan SPA8i Jawatan Kerajaan Online

Panduan permohonan SPA8i permohonan jawatan kerajaan online. Anda berminat untuk mencari kerja di sektor perkhidmatan kerajaan? Panduan ini penting untuk anda. Anda perlu membacanya dengan teliti untuk mengurangkan kesilapan semasa mengunakan portal tersebut untuk memohon.

Untuk memohon jawatan/kerja dalam sektor kerajaan anda perlu memohon melalui portal SPA8i.

Berikut kami kongsikan panduan lengkap cara membuat permohonan jawatan kosong melalui laman portal SPA8i.

A. Pendaftaran SPA8i

Berikut adalah keperluan yang perlu untuk membuat permohonan melalui SPA8.

  • Anda mesti mempunyai/memiliki dan menggunakan alamat email yang sah dan berfungsi dengan baik. Untuk buka akaun email yang sah layari penyedia perkhidmatan Email di Malaysia
  • Semak dengan teliti semua maklumat adalah lengkap. Sila buat semakan dengan teliti sebelum klik butang ‘Daftar’

Sila rujuk gambar di bawah.

B. Pastikan Borang Online SPA8i Diisi Dengan Betul Dan Lengkap

Selepas pendaftaran dibuat pastikan anda mengisi borang online SPA8 dengan lengkap dan tepat.

Antara maklumat penting yang mesti diisi dengan betul dan tepat ialah:

  • Maklumat akademik dari PMR sehingga yang kelayakan tertinggi
  • Maklumat Ko-kurikulum anda
  • Maklumat tambahan seperti bakat anda yang ada contohnya dapat menguasai bahasa lain.

Selepas segala maklumat diisi dalam borang SPA8 online, pastikan anda klikbutang ‘Simpan’ sebelum ke paparan berikut/seterusnya.

Sila rujuk gambar di bawah.

C. Permohonan Jawatan Kosong SPA8

Untuk memohon jawatan, pemohon dibenarkan membuat permohonan maksimum 15 jawatan kosong SPA dan 2 jawatan kosong PDRM.Sila pastikan anda memohon jawatan yang anda memiliki kelayakan.

Klik butang ‘Simpan’ selepas membuat permohonan.

Untuk membaca syarat-syarat kelayakan jawatan anda boleh baca disini.

D. Pengakuan Permohonan

Anda dikendaki untuk membuat pengakuan permohonan setiap kali mengemaskini jawatan kosong kerajaan yang dipohon.

Untuk membuat pengakuan permohonan anda klik pada link ‘pengakuan pemohon’ dan buat semakan jawatan-jawatan yang anda pohon dan pastikan anda tick pada ruangan ‘saya setuju’ dan klik butang ‘simpan’ selepas itu.

Sila rujuk gambar di bawah.

E. Semakan Permohonan Jawatan SPA8

Anda boleh dari masa ke semasa membuat semakan jawatan kosong yang telah anda pohon melalui link ‘Semakan Permohonan’ pada laman portal SPA8i

Sila rujuk gambar di bawah.

Soalan Lazim Permohonan SPA8

Ada berberapa soalan yang sering ditanya dalam urusan permohonan jawatan kosong kerajaan melalui SPA8 ini.

1. Status Tiada Urusan Pengambilan

Ini bermaksuda sepanjang tempoh tarikh daftar permohonan biasanya 1 tahun tiada pengambilan untuk jawatan yang anda pohon.

Untuk menyelesaikannya, anda hanya perlu delete/padam semua jawatan yang telah anda mohon dan mohon semula jawatan kosong terkini yang ditawarkan.

2. Tidak Melepasi Syarat Kelayakan Ditetapkan Oleh SPA

Ini menunjukkan anda tidak layak untuk jawatan yang anda mohon. Sila memohon jawatan kosong lain yang ditawarkan.

Jika anda sedang mencari info jawatan kosong, layari senarai jawatan kosong kerajaan terkini.

Semoga perkongsian mengenai panduan permohonan SPA8i jawatan kosong kerajaan ini bermanfaat kepada anda.

Sila like dan share kepada rakan-rakan anda.