Pemeriksaan HPV DNA Percuma Di Klinik LPPKN

Pemeriksaan HPV DNA di klinik LPPKN percuma di seluruh negara. Tahukah anda bahawa klinik LPPKN menawarkan pemeriksaan HPV DNA secara percuma untuk kaum wanita rakyat Malaysia yang memerlukan.

LPPKN adalah singkatan kepada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pemeriksaan HPV DNA secara percuma LPPKN

Baca juga: Kos Rawatan IVF Hospital Kerajaan

Apakah itu HPV DNA? Mungkin ramai yang belum mengetahui term ini. HPV DNA adalah singkatan kepada Human PapillomaVirus (HPV) dan DNA pula bermaksud Deoxyribonucleic Acid (DNA). Kelihatan susah untuk memahaminya, cukuplah kita ingat sahaja term HPV DNA.

Kajian yang dijalankan mendapati ujian HPV DNA yang dilakukan ke atas sejuta wanita lebih berjaya mengesan kanser serviks berbanding pap smear.

Pemeriksaan HPV DNA

Mengapa para wanita perlu melakukan pemeriksaan HPV DNA atau HPV DNA Test? Menurut penjelasan para pengamal perubatan, pemeriksaan HPV DNA adalah pentingĀ  untuk mendeteksi infeksi HPV (human papilloma virus) tipe risiko tinggi. Infeksi HPV tipe risiko tinggi dapat memicu perubahan dalam sel serviks dan dapat berubah menjadi kanker serviks atau jenis kanker lainnya, seperti vagina dan anus.

Oleh itu dapatlah difahami dengan jelas mengapa pihak LPPKN memberi bantuan program pemeriksaan HPV DNA secara percuma kepada para wanita. Pengesanan awal kepada kanser tersebut dapat membantu untuk membuat rawatan awal sebelum ianya merebak.

Pemeriksaan HPV DNA dilakukan dengan memeriksa materi genetik (DNA) HPV pada sel serviks. Prosedur pemeriksaan ini hanya untuk mendeteksi tipe HPV yang berisiko tinggi dan tidak digunakan untuk mendiagnosis gangguan kesehatan yang disebabkan tipe HPV berisiko rendah, seperti kutil kelamin.

Program RINTIS Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) LPPKN

Pelaksanaan Program Rintis Saringan Kanser Serviks untuk tahun 2019 adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:

Kriteria wanita layak tahun 2019:

  • Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
  • Wanita berumur 30 hingga 65 tahun;
  • Wanita dalam kumpulan B40 & M40
  • Wanita berkahwin/pernah berkahwin

Seramai 14,000 wanita di seluruh Malaysia disasarkan sebagai penerima ujian saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA. Program ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang berkahwin atau pernah berkahwin menjalani ujian HPV DNA serta meningkatkan tahap kesedaran tentang pencegahan kanser serviks.

Program ini adalah secara PERCUMA bermula Januari sehingga penghujung Disember 2019 dan dijalankan melalui 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) dan Klinik Subfertiliti LPPKN serta secara outreach di kawasan pedalaman. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klien yang layak boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran.

Senarai 40 Klinik Nur Sejahtera (KNS)

Berikut adalah senarai 40 Klinik Nur Sejahtera (KNS) seluruh negara di mana anda boleh buat semakan HPV DNA secara percuma di bawah program ini.

Anda boleh pergi ke mana-mana klinik KNS yang tersenarai untuk membuat pemeriksaan tersebut.

Sila layari link di bawah untuk senarai lengkap KNS di setiap negeri di seluruh negara.

Ujian MAMOGRAM untuk Wanita Secara Percuma

Selain dari pemeriksaan HPV DNA, anda juga boleh membuat ujian Mamogram. Ujian Mamogram ini adalah

satu ujian sinar-X bagi mengesan peringkat awal kanser payudara sebelum ia dapat dikesan dengan pemeriksaan klinikal ataupun pemeriksaan sendiri.

Menurut portal Kementerian Kesihatan, wanita berumur 50 hingga 74 tahun perlu menjalani ujian ini sekali dalam 2 tahun terutama mereka yang berisiko tinggi iaitu wanita yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara.

Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita dan mengambil masa selama 10 minit hingga 30 minit.

Semoga perkongsian info mengenai pemeriksaan HPV DNA dan MAMOGRAM percuma LPPKN ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.