Pencen Ilat PERKESO 2019: Jadual Tarikh Bayaran

Pencen Ilat Perkeso 2019, jadual tarikh pembayaran faedah kepada para penerima bantuan tahun ini. Kali ini kami akan kongsikan info mengenai jadual bayaran Perkeso tahun ini untuk rujukan kita semua.

Sebelum itu mungkin ramai yang belum mengetahui maksud istilah ‘Pencen Ilat’ Perkeso ini. Di bawah kami kongsikan sedikit maklumat mengenainya.

Baca juga: 17 Senarai Pengeluaran KWSP Sebelum Umur Pencen

Pencen Ilat Perkeso

Definisi ‘Ilat’ seperti yang diberi oleh kamus dewan adalah seperti berikut:

Sebab yang mengakibatkan sesuatu (kecelakaan, kemalangan, kerugian dsb); tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan (kerana kemalangan dll).

Pencen Ilat ini  adalah bayaran yang diberikan kepada penerima yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh Perkeso.

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti di bawah;

  • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima;
    atau
  • Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
    – Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
    – Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
    – Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu
  • Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

Tempoh Kelayakan Penuh

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)

Kadar Pencen Ilat

Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

Untuk maklumat lebih terperinci sila layari laman portal rasmi PERKESO di sini.

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Ilat Perkeso

Sila rujuk jadual pembayaran pencen Ilat di bawah untuk rujukan dan panduan anda.

Jadual tarikh bayaran pencen ilat perkeso 2019

Semoga perkongsian info mengenai jadual tarikh pembayaran pencen Ilat Perkeso 2019 ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini.