Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2020-2021 Seluruh Malaysia

Sesi Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2020-2021 seluruh Malaysia. Para ibubapa yang ingin mendaftarkan anak mereka memasuki Tahun 1 untuk sesi ambilan 2020/2021 digalakkan membuat permohonan awal. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Untuk pengetahuan para ibubapa pelajar, semua pendaftaran kemasukan ke Tahun 1 mesti menggunakan/dilakukan melalui portal yang disediakan oleh KPM. Untuk membuat permohonan online sila teruskan membaca penerangan terperinci mengenai cara-cara mendaftarkan anak jagaan anda ke Tahun 1.
Pendaftaran Murid Tahun 1 online

Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia .

Tarikh Permohonan Online Dibuka Untuk Pendaftaran

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KPM, permohonan online untuk ke Tahun 1 sesi ambilan 2019/2020 akan dibuka pada 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Ini bermakna para ibubapa ada 2 bulan untuk mengambil tindakan mendaftarkan anak mereka secara online.

Sudahkah anda mendaftarankan anak anda sepanjang tempoh yang diberikan?

Semasa artikel ini ditulis, portal permohonan online Tahun 1 KPM telah pun dibuka untuk pendaftaran.

Permohonan adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Cara Menggunakan Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM)

Sebelum anda menggunakan sistem permohonan online SPATKPM, anda digalakkan membaca dengan teliti panduan menggunakan sistem applikasi online SPATKPM.

Download panduan SPATKPM >>> Manual Pengguna SPATKPM

Untuk membuat pendaftaran anda perlu membuat pendaftaran akaun di aplikasi SPATKPM terlebih dahulu. Sila layari laman portal PENDAFTARAN SPATKPM untuk membuka (create) akaun di aplikasi SPATKPM.

 

Kepada yang sudah memiliki akaun dengan applikasi SPATKPM anda boleh terus menggunakan SPATKPM menggunakan ‘Login ID‘ anda dan juga ‘Password’ anda.

Selepas memasuki ruangan permohonan online di SPATKPM, anda bolehlah memulakan proses pendaftaran pelajar untuk anak anda memasuki Tahun 1 KPM.

Anda hanya perlu mengisi dengan teliti semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan jelas supaya tidak berlaku kesilapan.

Nota: Pendaftaran / Permohonan online hanya boleh dibuat oleh ibubapa atau penjaga yang sah.

Hubungi SPATKPM

Jika anda mempunyai pertanyaan, segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi nombor telefon dan email mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan anda.

Sila rujuk senarai yang tertera di bawah untuk makluman dan mendapatkan bantuan.

 

Tindakan Ibubapa Pelajar

Selepas mendaftarkan anak anda melalui online, anda perlu mencetak maklumat pendaftaran dan menghantarnya ke pejabat sekolah yang anda pohon untuk anak anda. Sila pastikan dokumen tersebut dilengkapkan dengan dokumen sokongan seperti yang tersenarai di bawah.

  • Sijil Lahir Anak (Asal dan 1 Salinan)
  • Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga (Asal dan 1 salinan Kedua-dua ibubapa)
  • Surat Nikah/Surat Cerai (Asal dan 1 salinan)
  • Bukti Alamat Tempat Tinggal – Salinan Bil Elektrik/bil air/cukai pintu/perjanjian jual beli rumah – sah laku sehingga tarikh anak masuk Tahun 1
  • Cetakan Borang/Pendaftaran Online
  • Laporan doktor / kad OKU (jika berkaitan)

Soalan Lazim Pendaftaran Pelajar Tahun 1 SPATKPM

Mungkin anda masih memerlukan informasi tambahan, sila baca soalan-soalan yang lazim ditanya (FAQ) mengenai pendaftaran dan penggunaan aplikasi permohonan online SPATKPM untuk rujukan anda.

1. Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?   
Jawapan: Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
   
2. Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?   
Jawapan: Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.   

3. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?   
Jawapan: Ibu bapa dan penjaga.   

4. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?   
Jawapan: Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.
   
5. Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?   
Jawapan: Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
   
6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?   
Jawapan: Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)    

7. Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?   
Jawapan: E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)   

8. Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?   
Jawapan: Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

Pengalaman Mendaftarkan Anak Ke Tahun 1 Menggunakan Aplikasi SPATKPM Online

Mungkin anda teringin membaca pengalaman para ibubapa yang lain mendaftarkan anak mereka menggunakan sistem permohonan online SPATKPM.

Salah satu perkongsian yang agak menarik ialah seperti yang ditulis oleh blogger YB Shehan dalam blog beliau shehanzstudio.com yang menceritakan secara terperinci bagaimana pengalaman beliau menggunakan sistem applikasi online SPATKPM.

Pengalaman beliau ini mungkin sedikit sebanyak boleh menjadi panduan untuk anda.

Semoga perkongsian kami mengenai panduan pendaftaran Tahun 1 online KPM menggunakan aplikasi dalam talian SPATKPM ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada para ibubapa yang lain.