Pendaftaran Prasekolah 2020 Online e-Prasekolah

Pendaftaran Prasekolah 2020 online untuk anak / jagaan yang lahir pada 2 Januari 2014 – 15 Januari 2016 untuk sesi kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi persekolahan prasekolah 2020. Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum bahawa semua proses pendaftaran kemasukan ke sekolah bantuan penuh kerajaan perlu menggunakan sistem applikasi online sekarang ini.

Daftar prasekolah online

Pihak KPM telah membangunkan sistem applikasi pendaftaran prasekolah online di mana ibubapa boleh mendaftarkan anak / jagaan mereka dengan senang dan mudah secara online.

Daftar Online Prasekolah 2020

Untuk mendaftarkan anak anda ke prasekolah, terdapat 2 pilihan sama ada membuat pendaftaran secara online menggunakan sistem applikasi e-prasekolah atau secara manual (pergi terus ke sekolah terbabit).

A. Sistem Pendaftaran Prasekolah Online

Untuk permohonan kemasukan ke prasekolah online anda boleh rujuk maklumat di bawah.

Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2019
Pendaftaran ditutup: 30 April 2019

Nota: Tarikh permohonan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh yang dinyatakan

Untuk pendaftaran menggunakan applikasi online layari >> Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah

Untuk memudahkah anda, Manual Pengguna Sistem Permohonan e-Prasekolah telah disediakan untuk anda.

Nota: Pengguna yang baru (Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah ini perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran prasekolah melalui online menggunakan Sistem Aplikasi E-Prasekolah mestilah mencetak bukti permohonan online dan menghantar cetakan borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2019

B. Sistem pendaftaran Prasekolah Secara Manual

Untuk mendaftar secara manual, ibubapa hanya perlu pergi terus ke sekolah terbabit dan membuat permohonan.

Untuk pendaftaran kaedah ini:-

Pendaftaran dibuka: 1 mac 2019
Pendaftaran ditutup:31 Mei 2019

Nota: Bagi ibubapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila kunjungi pusat (sekolah / institusi) prasekolah KPM yang dipohon bermula tarikh yang dinyatakan seperti di atas.

Syarat Kemasukan Prasekolah

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke prasekolah untuk rujukan para ibubapa.

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon

Perlu di ambil perhatian bahawa pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad. Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja.

Ilustrasi Bergambar Proses Pendaftaran Prasekolah

Ilustrasi bergambar di bawah adalah urutan proses pendaftaran prasekolah secara online dan manual untuk makluman dan rujukan ibubapa.

permohonan kemasukan prasekolah online

Semoga perkongsian mengenai pendaftaran prasekolah 2020 online melalui sistem applikasi e-Prasekolah ini bermanfaat kepada anda.